Tuesday, 13 March 2012

Amanat dari yang Tersayang.

Ketika aku meratapi kesedihan yang mencucuk jiwa,

Kau lantas memberi kata-kata hikmat buat diriku,

Walau aku meraikan kejayaan yang berbunga indah,

Kau segera mengingatkan ku bahawa nikmat itu sementara.



Dalam kelelahan,

Kau tak pernah merungut membesarkan ku,

Kasih sayang yang kau curahkan tak pernah habis,

Walau hanya tinggal setitik kasih di tapak tanganmu,

Kau tetap memenuhi kasih sayangmu jua.


Sesungguhnya aku berbangga atas kehadiranmu,

Ibu, pengorbananmu terlalu berat untuk ku pikul,

Apatah lagi untuk dibalaskan.

Ayah, jasamu sungguh besar untuk ku ukur,

Apatah lagi untuk di bayar tunai.


Namun, kau tak pernah meminta lebih,

Untuk aku menghitung kembali jasa pengorbananmu,

Tapi hanya satu permintaanmu,

Jadilah anak yang soleh dan berilmu.

Insya-Allah, akan ku penuhi untukmu ibu dan ayah.




* puisi ni sy tujukan khas utuk parents sy :)

No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.