Saturday, 9 June 2012

Diet, oh diet!

http://i.imgur.com/5ZSi7.gif


Di atas ni gambar piramid makanan yang seimbang! pelik kan tiba2 je fiqa tulis entri pasal piramid makanan. Gara- gara teruja nak berdiet selepas membaca buku novelis terkenal, Ain Maisarah, "PROJEK DIET AIN MAISARAH". Bila dah baca buku tu, fiqa baru tersedar yg selama ni fiqa makan sampai tak ingat dunia. Fiqa bersyukur sangat fiqa mendapat kesedaran untuk mengurangkan pemgambilan kalori dalam badan yang boleh menyebabkan 'bonjolan2' lemak timbul di badan...huhu tak mahu lah. Oleh itu fiqa sudah mengambil keputusan untuk menjalankan "PROJEK DIET FIQA" bermula hari esok. Jadi malam ni fiqa kene makan semua makanan feveret fiqa. haha (jgn tiru tak betul ni)

Fiqa akan try sedaya upaya untuk mengurangkan berat badan ke tahap ideal untuk mengelakkan daripada mendapat pelbagai penyakit kronik disebabkan pemakanan yang tidak seimbang. Terima kasih kepada Kak Ain Maisarah yang telah memberikan inspirasi kepada fiqa melalui novel2 nya. Sememangnya novel Kak Ain menjadi pilihan fiqa jika berkunjung ke kedai buku. Memang terbaik! Oleh itu, fiqa juga sudah "follow" blog kak Ain di www.ainmaisarah.com untuk mengikuti perkembangan novelis kegemaran fiqa ni dengan lebih kerap. :)

Akhir sekali, fiqa nak ucapkan selamat berjaya kepada diri fiqa sendiri dalam melaksanakan projek ini.. amin.

ingat!
KITA MAKAN UNTUK HIDUP,
BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN.


Salam,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.