Thursday, 21 June 2012

Zayn Malik cetus kontroversi??

 
 

DARI kiri: Zayn Malik, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne anggota Kumpulan One Direction ketika menghadiri tayangan perdana filem Men In Black 3 di Ziegfeld Theatre, New York pada 23 Mei lalu. - AFP

LOS ANGELES 20 Jun - Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik dituduh cuba mempengaruhi peminat muda kumpulan itu memeluk Islam.
Seorang pengulas anti-Islam Amerika Syarikat (AS), dilaporkan memberi amaran kepada orang ramai supaya 'menjauhkan anak perempuan mereka' daripada kumpulan remaja popular di Britain itu.
Debbie Schlussel dalam blognya menuduh, Zayn, 19, 'menyebarkan Islam' di kalangan golongan remaja.
Ayah Zayn ialah rakyat Britain berketurunan Pakistan, manakala ibunya pula ialah wanita Inggeris.
Namun, Zudhi Jasser, rakyat AS yang sering menentang radikalisme Islam, menolak tuduhan itu, lapor akhbar Daily Star.
"Apa yang dilakukannya adalah sebagai tanda dia menghormati dan bangga dengan agama yang dianutinya," katanya.
Debbie turut menuduh tatu tulusan Arab dan media sosial Zayn digunakan untuk mempromosi agama itu kepada peminatnya.
"Dia bukan sahaja tweet mengenai puasa di bulan Ramadhan, tetapi juga memberitahu peminat bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad nabi sebenar.
"Jauhkan anak-anak anda daripada Zayn Malik," kata Debbie dalam amarannya kepada orang ramai dalam blognya. - AGENSI

source: utasan :)
 
 
 zayn malik :)


my comment: 
fiqa suka dengan zayn malik yang bawa pengaruh baik utk remaja di Britain >.<

No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.