Saturday, 17 March 2012

hobiku part 2 :)

salam..hi! hari ni fiqa nak smbung balik entry fiqa psl hobi^^
part 2 k! (dh mcm filem dh ad part2 ne..hehehe)
oklah..jeng3!
setem..haha ne lah hobi fiqa..lukis pict and edit! :)


 ne pulak masterpiece fiqa! pnt tau nak lukis gmbr ne..sgt complicated! :/

by the way,,fiqa suke kumpul keychain yg mcm ne:

keychain leper2 ne fiqa beli n tempah dkt member fiqa..cntik kn??

haa..yg ne mmg feveret fiqa..fiqa suke sgt buat origami bunga ros..fiqa blaja kat dyla..syg die! hehe thankz dyla :)


bunga2 ne fiqa buat time fiqa tengah boring..stress..hehe (gmbr fiqa tu skdr hiasan :bingkai yg dibelikan amirah souvenier makkah tau!)


oklah..selain dw buat origami,,fiqa suke sgt2 membace novel n komik!

 antara koleksi komik fiqa yg fiqa syg! :P

fiqa gak suke design button..dgn bantuan brother fiqa la tpi..hehe
button SKAZ dgn SYAFIQAH tuu fiqa design n buat sendiri..tapi button FRIENDSHIP tuu mimi a.k.a mieka ismail yg bg! thankz dear!

selain dari button2 ne..fiqa ade jugak simpan koleksi button yg lain :)

oklah..cu teke ape hobi fiqa seterusnye ni?? :?
hihi fiqa suke masak gak..sebab fiqa suke makan..hahaha
gmbr dibawah ne karipap tau! jgn terkejut! hehe
fiqa design sendiri sbb ade tepung lebih..nah! ini dia projek fiqa! hehe (nak tawu brother fiqa kate ni projek mengarut)
ape2 lah,,yg penting fiqa gn adek2 ksygn fiqa enjoy buat projek ne! hehe
thankz to my sisters syahirah n syiqin yg support akq ni..haha
 
ni lah karipap yg fiqa design uh..hahaha (mak gn ayh fiqa geleng kepale tgok karipap ne :DD )

oklah..that's all lah yg fiqa dpt kongsi dlm entry ni..
lastly,,
jgn benci dengan kekurangan diri sendiri..tapi berbanggalah dengan diri kamu seadanya :)
k daaa! (Y)

Friday, 16 March 2012

hobiku part 1 :)

hai! kali ni fiqa nak bercerite tentang hobi fiqa..
fiqa act ade bnyak hobi..tp yg pling fiqa suke ialah tido dn makan...hahaha
erm..fiqa suke sgt dengan benda2 comel2 so mmg fiqa pantang kalau nmpk benda comel..nanti boleh jadi obses..hehehe
oklah..bnyak sgt melalut ne..fiqa na cte straight to de point la k..

first2 skali,, fiqa suke sgt kumpul pembalut coklat cadbury (coklat jenama lain tak!)
design mmg cntik sgt..lgpun warne feveret fiqa..erm, cklat cadbury ne pun bnyk simpan kenangan terindah dlm hidup fiqa..hehe..tp fiqa ta boleh lah beli selalu cklat..ekonomi ta kukuh la..haha
ni antare pembalut coklat cadbury yg fiqa simpan :)

oklah..brother fiqa dh membebel dh..nanti sambung balik lain kali pcl entry hobi ne..ade bnyk g na share ne..k bye!

Tuesday, 13 March 2012

Kenangan Tentang Kita

Pada kesunyian malam dingin ini,

Perasaanku hanyut terbuai layu,

Pabila melihat tampalan kertas itu,

Simbolik warna ungu,

Memori tentang kita menerjah ke kalbuku.



Titis-titis mutiara gugur membawa erti seribu makna,

Dalam sirna malam rinduku bertaut padamu,

Tak ku lupa saat indah ku bersamamu,

Menyentuh jiwaku.



Kegembiraanmu, kejayaanmu,

Kau kongsikan bersama,

Kedukaanmu, kegagalanmu,

Tanpa segan silu kau luahkan padaku.



Aku masih tidak lupa,

Saat pertama kali kita berkenalan,

Kau sedang menanggung kesukaran yang sejuta,

Aku cuba ringankan bebanmu itu,

Namun aku insan lemah,

Hanya Allah mampu memberi kekuatan padamu.



Kekasihku, andai saat ini,

Kau sudah melupakan segala kenangan kita,

Aku tetap jua mengingatimu,

Walau patah akan kembali tumbuh,

Yang hilang akan berganti,

Namun kehilanganmu kekal dalam sukmaku,

Abadi selamanya.



Nukilan,

Kenangan Cadbury Black Forest

Amanat dari yang Tersayang.

Ketika aku meratapi kesedihan yang mencucuk jiwa,

Kau lantas memberi kata-kata hikmat buat diriku,

Walau aku meraikan kejayaan yang berbunga indah,

Kau segera mengingatkan ku bahawa nikmat itu sementara.



Dalam kelelahan,

Kau tak pernah merungut membesarkan ku,

Kasih sayang yang kau curahkan tak pernah habis,

Walau hanya tinggal setitik kasih di tapak tanganmu,

Kau tetap memenuhi kasih sayangmu jua.


Sesungguhnya aku berbangga atas kehadiranmu,

Ibu, pengorbananmu terlalu berat untuk ku pikul,

Apatah lagi untuk dibalaskan.

Ayah, jasamu sungguh besar untuk ku ukur,

Apatah lagi untuk di bayar tunai.


Namun, kau tak pernah meminta lebih,

Untuk aku menghitung kembali jasa pengorbananmu,

Tapi hanya satu permintaanmu,

Jadilah anak yang soleh dan berilmu.

Insya-Allah, akan ku penuhi untukmu ibu dan ayah.




* puisi ni sy tujukan khas utuk parents sy :)

CINTA yang Satu

Dalam ketenangan senja ini,
Fikiranku melayang jauh dari kemewahan kota,
Membawa jiwa dan perasaanku terbang dari alam nyata,
Hanyut dipuput angin syahdu,
Sehingga hanya tinggal jasad ini menunduk sepi.

Memori lama kembali menggamit jiwa kudus ini,
Betapa aku lemah tika dikhianati oleh insan yang ku cintai,
Betapa aku hancur tika sahabatku pergi meninggalkan ku sendiri,
Betapa aku longlai tika dugaanMu datang menguji imanku yang rapuh ini.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau senantiasa disisiku,
Menemaniku disaat aku terpenjara dalam sangkar kesedihan,
TanpaMu aku tak akan mengerti makna kesabaran,
Namun aku sering terpana, lalai dengan nikmat yang Kau berikan.

Dalam kealpaan aku tersentap,
Pabila Engkau menarik kembali segala yang ku cintai,
Agar aku sedar dan insaf,
Untuk kembali mengagungkan-Mu,
Yang selayaknya.

Padamu Yang Satu,
Dalam kerinduan yang tertahan ini,
Aku mengungkapkan salam kasih buat-Mu,
Ya Allah, maafkanlah aku atas segala kekhilafanku,
Sesungguhnya tanpa-Mu aku layu di dunia yang fana ini.

Madah ikhlas,
Fiqa NSZ

Monday, 12 March 2012

makna nama ku :)

 N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
U - ..disenangi oleh semua orang
R - ..seorang yang lucu
U - ..disenangi oleh semua orang
L - ..pemberi ciuman yang bagus
  
S - ..membuat orang tertawa
Y - ..disukai oleh sesiapa saja
A - ..seorang yang gila-gila
F - ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
I - ..manis dan romatis
Q - ..seorang yang hipokrit
A - ..seorang yang gila-gila
H - ..setia kepada yang satu


#ni fiqa ambil dari app fb..hehe ta twulah ade yg ta betul kuht..saje je :P


assalammualaikum..

salam..hai!
ini my first entry so just nak bg slm perkenalan je!
thanks for visiting my blog kayy.. ^^


have a nice day.. :)