Saturday, 30 June 2012

Tentang Cinta??

 
 
hari ni tetibe rase nak buat entri pasal cinta pulak, hehehe. 
apa itu cinta? yg fiqa tahu, cinta tu merupakan perasaan sayang dan kasih yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Satu perasaan yang sangat besar maknanya dan sukar untuk diungkapkan dengan kata2. Itu ialah CINTA sejati. Jom kita tengok 12 perkara tentang cinta yang fiqa copy dari s'org blogger ni. mmg best. :) 

12 Perkara yang kita harus tahu tentang Cinta

 source: adamnarzuan

 

 1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. 

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

pendapat fiqa:
cinta sejati ialah CINTA ALLAH. marilah kita sama2 CINTAkan ALLAH, insyaallah kita tidak akan pernah kecewa dan sedih kerana Allah sentiasa kasih dan CINTAkan hambanya lebih daripada segala2nya. Sesungguhnya apabila kita datang kepada Allah dalam keadaan merangkak, Allah datang kepada kita dengan keadaan seperti berlari. ingatlah, apabila kita ikhlas menCINTAI Allah, insyaallah Allah akan kurniakan kita 'hadiah yang sangat bernilai' iaitu kita tidak akan pernah kecewa kerana CINTA Allah telah diperoleh sekaligus cinta sejati iaitu jodohmu yang abadi jua akan diperoleh.
amin.. :)

 

Friday, 29 June 2012

Keistimewaan Bulan Ramadhan

 
 
Tak lama lagi dah nak puasa kan? yey2 puasa! (selalu kita dengar daripada mulut kanak2)
Bagi sesetengah dewasa pula, lain ceritanya. Bulan puasa iaitu bulan ramadhan merupakan satu bulan yang sangat penting dan bermakna bagi umat Islam. Fiqa berazam untuk puasa tahun ni fiqa mahukan ramadhan yang terbaik daripada ramadhan sebelum-sebelumnya. Jom kita lihat keistimewaan ramadhan supaya kita dapat lebih bersemangat untuk melakukan ibadah puasa pada bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.:)
 
 
KEISTIMEWAAN RAMADHAN
source: members.tripod.com
   
 Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

    Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

    Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
               
        (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

              (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

    Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

    Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

    Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

    Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
        a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
        b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
        c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
        d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
        e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat. (Al-Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

    Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

    Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

    Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

    Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

    Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
        - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
        - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
        - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
        - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)               
        - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
              - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
               
        Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

    Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

        Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
        Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
        Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
        Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
        Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
            Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
            Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
        "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

        
        "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

        "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
        "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

    Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

    Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

    Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

    Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

    Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

    Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Thursday, 28 June 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY

 
 
Jom Join. klik gambar tau. :)

kekerapan fiqa berblogging: tiga ratus kali sehari.HAHA :P
actually ikut time, kalau tak busy boleh lah blogging selalu. >.<

participated by,

Sunday, 24 June 2012

Ekspo Sains dan Teknologi 2012 di Persada, Johor

 
hai! hari ni fiqa nak tulis entri pasal ekspo sains teknologi yg berlansung di persada johor. Actually fiqa pergi semalam but hari ni baru ada kesempatan nak tulis entri ni. :)
 fiqa sempat main game boboiboy yang gunakan sensor gerakan tangan lawan dengan mama fiqa. Of course lah fiqa menang, hehe.
Then. fiqa berjalan2 di tapak petrosains and main permainan2 yg ada di situ n slh satunya fiqa sempat rakam.
 
video 
* suara gelak ketawa tu adik fiqa punya keje. haha

sempat bergambar di site pameran kereta FI. >.<
Adik fiqa kacau. =.='



And selepas habis naik permainan pusing tu, ade cabutan bertuah, and nombor fiqa naik. tapi tak sempat nak ambil hadiah, nombor dah kene jual. nasib lah, tiada rezeki. Kalau dapat pun, hadiah cooling pad. Untung sape yg dapat galaxy tab uh. (O.o)

oklah. sampai sini je. (Y)
 
ditulis oleh,

Thursday, 21 June 2012

Zayn Malik cetus kontroversi??

 
 

DARI kiri: Zayn Malik, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne anggota Kumpulan One Direction ketika menghadiri tayangan perdana filem Men In Black 3 di Ziegfeld Theatre, New York pada 23 Mei lalu. - AFP

LOS ANGELES 20 Jun - Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik dituduh cuba mempengaruhi peminat muda kumpulan itu memeluk Islam.
Seorang pengulas anti-Islam Amerika Syarikat (AS), dilaporkan memberi amaran kepada orang ramai supaya 'menjauhkan anak perempuan mereka' daripada kumpulan remaja popular di Britain itu.
Debbie Schlussel dalam blognya menuduh, Zayn, 19, 'menyebarkan Islam' di kalangan golongan remaja.
Ayah Zayn ialah rakyat Britain berketurunan Pakistan, manakala ibunya pula ialah wanita Inggeris.
Namun, Zudhi Jasser, rakyat AS yang sering menentang radikalisme Islam, menolak tuduhan itu, lapor akhbar Daily Star.
"Apa yang dilakukannya adalah sebagai tanda dia menghormati dan bangga dengan agama yang dianutinya," katanya.
Debbie turut menuduh tatu tulusan Arab dan media sosial Zayn digunakan untuk mempromosi agama itu kepada peminatnya.
"Dia bukan sahaja tweet mengenai puasa di bulan Ramadhan, tetapi juga memberitahu peminat bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad nabi sebenar.
"Jauhkan anak-anak anda daripada Zayn Malik," kata Debbie dalam amarannya kepada orang ramai dalam blognya. - AGENSI

source: utasan :)
 
 
 zayn malik :)


my comment: 
fiqa suka dengan zayn malik yang bawa pengaruh baik utk remaja di Britain >.<

Saturday, 16 June 2012

Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie


jom take part!
klik banner di atas ok :)

tag:
syahmi meon
SS
era pasha

participate by,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

demam euro 2012 !


Hai!! semua mesti minat tengok bola kann?? lagi2 lah sekarang ni musim bola, Euro 2012. Ramai yg demam bola.. haha. (termasuk fiqa)
tapi, fiqa hanya ambil tahu pasal team kegemaran fiqa je, GERMANY dan
Spain (sikit2 sbb ranking FIFA no. 1), hehe..

team soccer german <3

fiqa paling minat ketua kump sejak dr f.3, 
PHILIPP LAHM
fiqa punye jersey pun no. 16. :)



germany's fan,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

Wednesday, 13 June 2012

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS VERSI XTRA.


jom join >.<


klik gambar di atas :)


salam,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

Tuesday, 12 June 2012

mid-year result !


 
 
rasa cam nak koyak-koyak je kertas jawapan yg fiqa dapat tuh! banyak careless! cuai! markah yang sepatutnya dapat score boleh tak score. Sedih pedih. T-T
So, fiqa pikir better fiqa cuba sedaya upaya untuk tidak ulangi lagi kesilapan yg sama dalam exam seterusnya. Hopefully lah.  (>.<)
 Fokus paling utama:  SPM!!

 
 gOOd luck to myself n calon SPM 2012 !!

Salam,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

special thanks to syahmi meon!!


 
wah! blog fiqa dah berwajah baru lah! thanks kpd syahmi meon a.k.a my big brother coz dah tolong edit blog ni.. hehe suka-suka :) 

follow lah kalau suka >.<

p/s: my big brother blog link:

http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

Saturday, 9 June 2012

Diet, oh diet!

http://i.imgur.com/5ZSi7.gif


Di atas ni gambar piramid makanan yang seimbang! pelik kan tiba2 je fiqa tulis entri pasal piramid makanan. Gara- gara teruja nak berdiet selepas membaca buku novelis terkenal, Ain Maisarah, "PROJEK DIET AIN MAISARAH". Bila dah baca buku tu, fiqa baru tersedar yg selama ni fiqa makan sampai tak ingat dunia. Fiqa bersyukur sangat fiqa mendapat kesedaran untuk mengurangkan pemgambilan kalori dalam badan yang boleh menyebabkan 'bonjolan2' lemak timbul di badan...huhu tak mahu lah. Oleh itu fiqa sudah mengambil keputusan untuk menjalankan "PROJEK DIET FIQA" bermula hari esok. Jadi malam ni fiqa kene makan semua makanan feveret fiqa. haha (jgn tiru tak betul ni)

Fiqa akan try sedaya upaya untuk mengurangkan berat badan ke tahap ideal untuk mengelakkan daripada mendapat pelbagai penyakit kronik disebabkan pemakanan yang tidak seimbang. Terima kasih kepada Kak Ain Maisarah yang telah memberikan inspirasi kepada fiqa melalui novel2 nya. Sememangnya novel Kak Ain menjadi pilihan fiqa jika berkunjung ke kedai buku. Memang terbaik! Oleh itu, fiqa juga sudah "follow" blog kak Ain di www.ainmaisarah.com untuk mengikuti perkembangan novelis kegemaran fiqa ni dengan lebih kerap. :)

Akhir sekali, fiqa nak ucapkan selamat berjaya kepada diri fiqa sendiri dalam melaksanakan projek ini.. amin.

ingat!
KITA MAKAN UNTUK HIDUP,
BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN.


Salam,
http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

Sunday, 3 June 2012

handphone idaman! :P

http://i.imgur.com/5ZSi7.gif

hello!! hari ni fiqa nak ceciter sikit tentang handphone idaman fiqa! SAMSUNG GALAXY S ~


cantik sangat! lagi2 dengan case warna pink..cute sangat! >.<

p/s: sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, oleh itu menabung lah dari sekarang supaya kita dapat sediakan payung sebelum hujan! (ceh, pakai peribahasa lh :P )


http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

Friday, 1 June 2012

Mahamahu.com anda Mahu 2012

http://i.imgur.com/5ZSi7.gif





 klik sini sekiranya anda Mahu juga menyertai pertandingan Maha Mahu ini! http://www.mahamahu.com/2012/05/contest-mahamahucom-anda-mahu-2012.html#idc-cover


my slogan:



Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Mahu memberikan rezekiNya kepada saya yang Mahu hadiah dari Maha Mahu.com yang Mahu memberikan hadiah lumayan kepada ku.


http://i.imgur.com/4ihkZ.gif

My Girl Korean Drama is the best!

http://i.imgur.com/5ZSi7.gif

hai! dlm entri ne fiqa nak kongsi sedikit tentang drama korea yang fiqa minat glerrrr~ MY GIRL <3



My Girl (Sinopsis)



Hidup bersama seorang ayah yang pemabuk dan gila judi membuat Joo Yoo-rin tumbuh sebagai seorang gadis yang tahan lasak, pandai dalam melihat kesempatan. Berharap untuk memperbaiki hidupnya, siapa sangka kesempatan itu datang lewat sebuah 'kecelakaan' yang mempertemukannya dengan pemuda bernama Seol Gong-chan.


Gong-chan mendadak sedar kalau Yoo-rin mirip dengan salah seorang sepupunya yang telah lama menghilang. Langsung teringat dengan datuknya, pemuda itu langsung menawarkan wang dalam jumlah yang lumayan asalkan Yoo-rin mahu berpura-pura sebagai sepupunya. Tentu saja, gadis itu langsung setuju.

Begitu sampai di rumah keluarga Gong-chan, Yoo-rin akhirnya tahu apa yang membuat pemuda itu begitu mendesak menyewanya. Rupanya, sepupu Gong-chan adalah salah satu cucu kegemaran datuknya, yang sebelum menghembuskan nafas terakhir berharap dapat melihat gadis itu.

Terbiasa hidup di lingkungan keras dan kasar, boleh dibayangkan bagaimana sulitnya Yoo-rin menyesuaikan diri hidup di tengah keluarga Gong-chan yang penuh sopan-santun dan aturan. Akhirnya, terjadi hal yang tidak dibayangkan sama sekali : dirinya dan Gong-chan mulai saling jatuh cinta.

Hubungan mereka mulai mendapat ujian setelah mantan kekasih Gong-chan yang adalah seorang pemain tenis terkenal Kim Seo-hyeon kembali muncul dan bertekad untuk mendapatkan pemuda itu lagi. Tidak cuma itu, Yoo-rin juga ternyata menjadi rebutan dan di cintai Se Jeong-woo, seorang pemuda yang dikenal memiliki watak playboy.


WATAK MY GIRL :



Lee Dong Wook Sebagai Seol Gong Chan
Seol Gong chan (Lee Dong Wook) adalah satu-satunya ahli waris dari pemilik L'Avenuel Hotel, yang merupakan salah satu hotel terkenal di Korea. Datuknya, Seol Woong, menyewa seorang detektif untuk mencari putrinya, yang juga sepupu Gong-chan. Seol Woong yang tidak mengakui putrinya sendiri, Gong-chan, ketika ia memutuskan untuk menikah dengan orang yang tidak sesuai dengan pilihannya. Namun, ketika Seol Woong telah berubah fikiran dan ingin menerima kembali putrinya, sebuah gempa bumi melanda tempat cucunya tinggal, dan sejak itu, dia telah putus hubungan dengan kerabat dan mungkin kesempatan untuk membuat perubahan untuk membalas semua kesalahannya terdahulu yaitu dengan cara merawat cucunya.



Lee Da Hae Sebagai Joo Yoo Rin
Joo Yoo Rin (Lee Da Hae) adalah seorang pemandu pelancong di sebuah perusahaan kecil yang bertugas menjalankan mini pelancongan di Pulau Jeju Korea Selatan. Ayahnya adalah seorang pemain judi, tetapi meskipun semua hutang ayahnya menjadi tanggung jawabnya, Yoo Rin selalu menemukan cara untuk membayar hutang. Dia bahagia jika hidup bersama ayahnya walau hanya hidup sederhana.Kerana ayahnya yang suka berjudi, dia harus pindah dari satu negara ke negara setiap kali ayahnya berjalan dari satu tempat ke tempat lain untuk menghindari para penagih hutang. Hal inilah yang menguntungkan Yoo-rin untuk berkomunikasi lancar dalam bahasa Cina dan Jepun, yang sangat membantu sebagai pemandu pelancong setiap kali dia harus menghibur pelancong dari Cina dan Jepun. 



credit to: http://dramakorea-lovers86.blogspot.com/2009/12/my-girl-sinopsis.html

KEJAPP!!NAK TENGOK MY GIRL EPISODE AKHIR??KLIK LINK DI BAWAH INI:

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/my-girl-episode-16/143180


SELAMAT MENONTON! SARANGHAEYO!


http://i.imgur.com/4ihkZ.gif