Friday, 30 November 2012

Lumrah kehidupan- yang hidup pasti akan mati.

     Hai semua. dah lama sangat rasanya fiqa tak post entry. Spm sebulan..at last, tinggal lagi satu paper je untuk dihabiskan. Geografi. hmm rakan2 fiqa yang lain dah merdeka lepas habis paper biology selasa lepas. I am soo jealous..XD

     Dalam hepy2 nak tamatkan exam biology selasa lepas, ada dugaan yang datang menimpa.
Pagi sebelum exam biology, dalam pukul 3 lebih, fiqa dapat khabar yang datuk fiqa yang dimasukkan ke hospital sejak ahad telah pun pergi meninggalkan fiqa buat selamanya. Rasa sedih, terkejut, hiba semua bercampur baur. Fiqa lepas dapat khabar terus pergi ke rumah datuk pagi tu. Bawa semua kelengkapan spm. Dalam 4.30 pagi, jenazah arwah datuk selamat sampai di rumah. Rasa sedih sangat bila fiqa lihat arwah. tapi dalam hati fiqa bersyukur sebab dia pergi dalam keadaan yang aman. fiqa lihat wajah arwah bersih sangat. itu yang membuatkan fiqa yakin arwah tergolong dalam orang yang muqarrabin (dekat dengan Allah). Insya-Allah.

     So, lepas tu fiqa gagahkan diri pergi ke sekolah dengan berbekalkan azam "A biology untuk datuk". Walaupun ada rasa sedikit terkilan sebab terpaksa pergi tinggalkan arwah dan tak dapat hadir ke majlis pengebumian datuk, fiqa yakin yang datuk tetap berada di hati dan ingatan fiqa.

     Dalam 3 hari, kenduri arwah dijalankan di rumah datuk dan di masjid. Sebak bila baca yaasin untuk arwah. terkenang saat2 manis fiqa bersama-sama atok. Fiqa ada juga mimpi berjumpa dengan atok, fiqa lihat atok dalam keadaan bahagia sekali. Fiqa cakap kat atok "fiqa sayangkan atok buat selama-lamanya". Kemudian dia tersenyum, dan hilang daripada pandangan fiqa. Sedar je dari tidur, fiqa rasa ada air mata mengalir. hmm, fiqa sememangnya rindukan atok.

     Lastly fiqa harap yang perginya atok ini dapat membawa azam yang baru untuk fiqa harungi liku2 kehidupan yang mendatang. Apa2 pun yang pergi tetap pergi, yang hidup, LIFE MUST MOVE ON.

      Yang penting kita kena sentiasa bersedia dari segi zahir dan batin untuk menerima jemputan daripada Allah S.W.T dengan utusanNya malaikat Izrail dalam keadaan yang gembira untuk menemui-Nya kerana ajal maut ditangan-Nya. Insya-Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam orang2 yang dirahmati dan diberkati Allah. Amin.

Al-Fatihah buat arwah datuk
yang pergi pada 27 November 2012 bersamaan 13 Muharram 1434 hijrah.


-kepergianmu sentiasa dalam ingatan-