Wednesday, 2 January 2013

Aku, Dia dan Coklat!

hai hai hai.. 
hari ini fiqa nak tulis sedikit entri mengenai novel 'Aku, Dia dan Coklat' karya kak Lily Haslina Nasir. Haa, kak lily ni  boleh di katakan antara penulis feveret fiqa. :)
Hari sabtu lepas fiqa pergi jalan-jalan dekat JB, singgah kejap kat Badan, fiqa macam biasa cari lah buku novel yang berkenan di hati. Biasanya, fiqa pergi ke tempat novel kanak2 dan resepi. haha fiqa tak baca novel dewasa. tebal sangat woo!! heee
cari punya cari, tertarik dengan buku yang berkulit coklat dan tajuknya. haha jangan tak tahu fiqa sememangnya peminat setia coklat terutama jenama cadbury. XD
haa.. lawa kan kulit buku ni?? fiqa suka sangat!
Oh, lupa nak bagi tahu, jalan cerita nya juga sangat menarik!
fiqa sampai menangis terharu bila baca..menjiwai watak laa, jangan salah faham pulak. 
>.<
Okay jom baca kita sama2 baca sinopsisnya:

Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.

Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomato atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!

Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah? Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?

Fiqa nak bagi ulasan sikit:

Fiqa sangat suka novel Aku Dia dan Coklat kerana fiqa pun suka coklat!
Kak Lily kalau tak puas hati dengan jawapan fiqa, maaf bebanyak. semalam fiqa sudah cuba karang sampai lima muka surat tapi macam kelakar lah bila baca balik! hehe
Yang penting, fiqa suka baca sebab watak Zaza tu macam sama dengan kisah fiqa cuma yang bezanya, Zaza hepy ending, fiqa pulak sad ending. Bertuah lah Zaza! Kadang2 berangan kalau hidup fiqa seindah yang ditulis di novel alangkah bagusnya!


okay, fiqa dan novel aku, dia, dan coklat!

dan prove fiqa peminat setia coklat! : 



~ peace XD ~

2 comments:

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.