Tuesday, 29 January 2013

Bagaimana nak hilangkan Kematu?

Apa kematu itu?
 Kematu ialah pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. 
Mungkin juga berlaku disebabkan jangkitan kuman. 
Selain itu, ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan.
Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. 
Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. 
Tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.
Kematu biasanya sangat sukar untuk di hilangkan, kerana ia mungkin kembali lagi.


PETUA-PETUA NAK HILANGKAN KEMATU

          Cara Tradisional
  • Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. 
  • Kemudian ramas daun betik berkenaan. 
  • Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. 
  • Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. 
  • Lakukan selalu, insya-Allah kematu kaki akan berkurangan.
    Cara Moden
  • Sapukan ubat sapu yang dibeli di farmasi (Ellgy).
  • Baca arahan di botol dan amalkan setiap hari.
  • Atau, pergi ke hospital pakar, biasanya pakar akan sarankan anda untuk membuang kematu dengan menggunakan kaedah laser. (tetapi masih tidak di jamin pulih sepenuhnya 100%)

  • *prihatin*

No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.