Thursday, 14 March 2013

Nasib baik Lulus~


Holla :)
dah lama tak menulis pasal diri kat sini. join segmen je. haha
okaylah, nak citer sikit. semalam fiqa ambil QTI atau pun pra test driving jpj.


QTI ni sama je dengan test JPJ. cuma, kalau kandas QTI, kena bayar lagi dan belajar lagi.
Ada dua bahagian tau:
  • bahagian bukit, parking, olahgerak
  • bahagian jalan raya
Semalam, pukul 3 sampai 4 petang fiqa belajar la sekejap untuk cukupkan 9 jam. 
Then cikgu kata dah boleh test QTI. *doa dalam hati dapat pegawai baik hati tau.
Terus naik bukit, imbang minyak, and the first time, fiqa dapat buat sekejap kat situ.
Selalunya kat bukit la selalu tak lepas. *sebab masa belajar fiqa pasang aircond. hee
Then parking, memang nyaris kot langgar tiang belakang. haha nasib tak tumbang. 
(grateful, sebab sebelum ni tak pernah langgar tiang)
Then, olahgerak, semua okay. :)

Tup. tup jalan raya. Ni part yang paling berdebar sekali sebab pegawai duduk sebelah.
Tengok je muka pegawai, tak mesra alam lansung. *dalam hati time tu dah berdebar kot. haha
Masa pegi simpang, (masih dalam maxsafe lagi) boleh pulak termati enjin. *tak biasa pakai tau, test kereta viva. Okay, semua berjalan lancar tau..tiba turun bukit nak sampai simpang fiqa lambat bagi signal kanan tau,
tiba2 dia bunyi: "mana signal? lepas ni kalau kau tak pasang mana2 signal aku kandaskan kau."
Pergh, time tu dengar je memang dah pasrah habis. 
Mind set pulak: SIGNAL SIGNAL SIGNAL SIGNAL SIGNAL. 
Fokus fokus, jangan sampai lambat. :/
Mulut pulak sentiasa baca doa. fuh~ sabar2
kat traffic light semua ok and berjalan lancar..jalan memang busy petang tu (orang balik kerja kot)
memang terpaksa bersabar jela.
tengok muka pegawai pun memang tak sanggup.

Then otw nak balik ke Maxsafe, fiqa baru nak masuk gear 4, dia cakap,
"aku tanya ni ah, cikgu kau ajar apa ek? dia tak ajar camne nak masuk gear 4 eh? kalau camni la, pakai gear 1 jela sampai maxsafe. selamat."
Pergh, lagi satu ayat HOT. sabar jela..dah fiqa pakai gear 3, sebab jalan situ banyak tampal2. 
kang laju cam kuda lak. *cakap macam fiqa dah expert gila.
Kemudian time masuk simpang ada pulak ular melintas. fiqa slowkan la kenderaan,
tengok dia tulis something kat kertas,
"gagal menukar gear"
huhu sabo sabo.

Dalam hati PASRAH. Doa cepat sampai..nak balik!
sampai ke petak parking..memang mistake kot, fiq agak terlaju sikit. tapi memang time tu nak brek,
dia cakap "oit, kau nak sondol kereta ni ke? Kalau cepat pusing stereng takpe gak! Kang pagar rumah kau, kau langgar"
What?!! memang dah cuak giler time tu. memang lah mistake tapi tak la terlalu laju..tak langgar pun..hee
Okay, lepastu parking..dia tanya lagi "kau tahu tak camne nak slowkan kereta ni? "
*dalam hati tahu lah pakcik..:P
Zzzzz. 

then terima dokumen, tengok LULUS. mati2 ingat dah gagal. memang muka time test pucat. hoho
book ujian JPJ 28 March. Taknak cepat2. Nak belajar lagi..lagi pun:
NEXT WEEK 20 MARCH RESULT SPM KOT!
Berdebar2 dua kali ganda karang kalau amik jpj minggu depan.
Apa2 pun, wish me luck. XD

*p/s: segala yang berlaku boleh di jadikan sebagai pengajaran. ingat, SIGNAL! jangan lupa. :)
fiqa pun~ LEARN FROM MISTAKE.
By the way, balik semalam fiqa tanya: "abah, dulu abah ada test QTI tak?"
Ayah fiqa jawab takde pun..jpj jek.
(Untungla orang dulu..belajar mandu pun murah, belajar sampai pandai..stress sekali,
sekarang~belajar dah mahal, pandai tak pandai 9 jam jek..stress lak DOUBLE!)

peace~ (Y)

2 comments:

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.