Wednesday, 17 April 2013

BIG Giveaway : Idola Saya by Nurul

*KLIK BANNER*

Idola fiqa ada banyak..tapi yang paling utama ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

Mari kita sama-sama mengingati perjuangan Rasullullah dengan memperbanyakkan solawat kepada baginda.
Mudah-mudahan memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak. InsyaAllah. :)
Fiqa tag:
mmonsta.blogspot.com
misteriomuchacha.blogspot.com

6 comments:

  1. gud luck kita pun join jg..ehh nak tempak iklan percuma kat sini bole? hihi

    ReplyDelete
  2. Sharina: join la segmen iklan percuma. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..dr GA yg sama. Jom singgah blog sy. :)
    http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/big-giveaway-idola-saya-by-nurul.html

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.