Monday, 20 May 2013

Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN




KUALA LUMPUR 19 Mei - Penyokong pembangkang terutama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendesak supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuh dicabar membatalkan pinjaman itu yang dinikmati mereka ketika ini.

    Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan itu bagi membuktikan mereka boleh meneruskan pengajian dan menampung kos kehidupan di kolej tanpa pinjaman PTPTN.

   Dalam masa sama, beliau meminta golongan mahasiswa tidak terus tertipu dengan dakyah pembangkang untuk menghapuskan PTPTN sebaliknya membuka mata terhadap kepentingannya dalam menjamin kelangsungan pendidikan generasi muda di negara ini.

   "Sedarlah, PTPTN tidak boleh dihapuskan kerana perbadanan itu berfungsi membantu terutama generasi muda Melayu dan bumiputera yang kurang berkemampuan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

   "Adalah mustahil untuk melaksanakan pengajian tinggi percuma di negara ini, malah, negara kaya seperti Australia turut mengenakan yuran untuk pendidikan tinggi di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

   Beliau mengulas tindakan pembangkang yang terus menabur janji palsu kepada mahasiswa untuk menghapuskan PTPTN sekiranya menjadi kerajaan.

   Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, penuntut perlu sedar mereka boleh mendapatkan pengajian tinggi percuma sekiranya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

   Menurutnya, jaminan itu sudah diberikan kerajaan yang mana pinjaman PTPTN akan ditukar kepada biasiswa sekiranya penuntut mencatat keputusan cemerlang.

   "Kerajaan juga telah menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat bermula dari peringkat rendah dan menengah dan yuran di peringkat pengajian tinggi bagi memastikan penuntut berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan," katanya.

   Dalam masa sama, katanya, hasil bayaran PTPTN juga boleh digunakan kerajaan untuk menaik taraf sistem pengajian tinggi negara untuk terus berdaya saing.

source: utusan

                    

nota kaki: nak belajar buat cara belajar. :)


2 comments:

  1. hadiah sehingga rm150++++ untuk dimenangi !!!

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-gieaway-by-osm.html

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.