Monday, 6 May 2013

Mengapa PTPTN Tidak Perlu Dimansuhkan?



Sumber: Budiey

Sibuklah sana sini memperkatakan tentang isu pemansuhan PTPTN ni. Budiey rasa korang pun ada pendapat tersendiri dalam hal ini. Ada yang menyokong tak kurang membantah. Itu hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. Tak kisahlah kan. Apa sahaja yang baik untuk kita, tak semestinya baik untuk orang lain, betul tak?

      Nak kata Budiey mendalami atau pakar sangat pasal isu ini taklah juga tapi dari hari ke hari Budiey mengikuti perkembangan isu ini, nampaknya ia menjadi bertambah panas. Melalui laman sosial yang ada, Budiey ada membaca hujah-hujah oleh dua pihak ini. Macam-macam komen dan huraian yang ditulis.

     Budiey masih ingat lagi tahun lepas, heboh satu Malaysia tentang Debat PTPTN antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang diadakan pada 22 Mei 2012 mengenai hala tuju pendidikan tinggi dan pemansuhan PTPTN.

    Seperti mana kata Rafizi Ramli, sememangnya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mahukan pendidikan percuma. Ya, sape tak nak benda free dalam dunia ni kan? Semua orang nak. Tapi kita kena ingat juga untuk memberikan pendidikan percuma, negara terpaksa menanggung beban yang banyak.

     Budiey kira, PTPTN diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dengan menawarkan pinjaman dengan kadar upah yang rendah (low interest) oleh PTPTN. Oleh yang demikian PTPTN adalah satu institusi yang penting untuk semua dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

      Okay, jika kita amati betul-betul, sebelum penubuhan PTPTN pada tahun 1997, kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun. Ini bermakna, ramai pelajar yang layak ke IPT tak mendapat tajaan termasuklah mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.

     Tapi hari ini, Budiey lihat PTPTN dah berjaya meningkatkan akses orang kita kepada pengajian tinggi. Kalau nak kira, pada tahun 2012, sejumlah 209,963 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN dan mereka merasa untuk belajar di universiti.

     Masa zaman masuk U dulu, Budiey adalah peminjam PTPTN. Dengan wang pencen arwah ayah dapat pada masa tu dan wang pembelanjaan yang mak kasi, ditambah duit PTPTN dah terlebih cukup untuk menanggung kos sara hidup dan study pada masa tu.

    Tapi tengoklah sebelum tu, tak ramai orang kita yang mampu untuk belajar kerana kekurangan wang. Kalau otak tu cerdik tak pe la jugak, dapat biasiswa. Untungla kan?

    Kadar upah pinjaman pendidikan PTPTN yang dikenakan juga adalah serendah 1% sahaja dan kaedah pembayaran balik adalah fleksibel.

     Dari dulu hingga sekarang, kerajaan telah menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang, bantuan kewangan untuk pelajar miskin serta pinjaman PTPTN untuk semua pelajar yang mendapat tempat di IPT. Pinjaman pula ditukar kepada biasiswa sekiranya mereka cemerlang, ini bukti kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar.

      PTPTN ni sebenarnya sangat membantu kepada mereka yang susah. Ia diberi mengikut pendapatan keluarga. PTPTN juga bagus sebab ia kasi student semangat supaya belajar dan belajar sebab kalau dapat first class, automatik anda tak payah bayar balik pinjaman tu. So sangat useful kan?

    Apabila cadangan pemansuhan PTPTN diusul, perlaksanaan tidaklah harus diikut bulat-bulat. Pasti ada jalan tengah yang boleh diambil bagi memastikan pendidikan terhadap generasi muda dinikmati secara berterusan.

     Sayang seribu kali sayang, sehingga hari ini Budiey dapati perkara ini cuba diatasi dengan emosi yang melampau. Di laman sosial, Budiey banyak kali membaca komen-komen negatif tentang perkara ini. Dari dulu, Budiey tak berapa gemar melihat pertikaian sesama sendiri tentang isu hangat ini.

    Budiey yakin, suara-suara lantang yang menyokong pemansuhan PTPTN ini adalah mereka yang membuat pinjaman tetapi belum melunaskannya lagi.

    Kita perlu tahu dan harus juga kita sedar sebagai negara membangun banyak lagi perlu difikirkan dan kewangan negara harus disalurkan ke tempat yang betul. Negara kita tidak boleh mengecapi pembangunan sekiranya kerajaan hanya mengeluarkan pelaburan dalam pendidikan tanpa fokus terhadap sektor lain.

    Contoh yang paling senang, kita tengok sahaja apa yang terjadi pada negara Maghribi yang menyediakan pendidikan tinggi percuma tetapi tengoklah keadaan Maghribi macamana, ternyata jauh ketinggalan dalam pembangunan ekonomi.

    Kita jangan membandingkan dengan negara-negara maju yang mampu menyediakan pendidikan percuma. Ini kerana mereka sudah punya platform sendiri dan kewangan negara juga sudah cukup kukuh. Harus juga diingat cukai pendapatan negara –negara tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan Negara kita. Bayar hutang PTPTN baru 1% je.

   Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja dunia mampu berubah. Amatlah rugi sekiranya hidup tidak berilmu sedangkan Agama sendiri menuntut kita mengejarnya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berilmu tetapi tidak menggunakannya sebaik mungkin? Aha….

   Lagi pula harus kita ingat, perjuangan hari ini adalah demi generasi akan datang. Demi masa depan negara tidak salah rasanya kita timbang tara perihal ini. Hari ini kita tidak mengeluh, mana tahu anak cucu cicit kita kelak tidak begitu.

   Rasanya pihak terbabit harus duduk berunding di meja bulat dan capai kata sepakat. Isu pendidikan ini isu berterusan. Punya rakyat ilmuwan merupakan aset negara. Tidak perlu rasanya melampiaskan marah di antara satu sama lain dengan tindakan dangkal.

Siapalah saya untuk berhujah lebih panjang. Cukuplah sekadar ini sahaja ya.

   Akhir sekali, generasi akan datang pasti ada di antara mereka yang memerlukannya. tidak hanya pada yuran pengajian, mungkin untuk kos sara hidup seperti bayar duit sewa rumah, makan, peralatan belajar dll. banyak fungsinya duit tu!

Kepada yang belum bayar PTPTN, bayarlah. Hutang WAJIB dibayar walaupun tak dituntut. Noktah!

p/s: setuju dengan Budiey!

2 comments:

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.