Sunday, 30 June 2013

Caution No.1! It were bedbugs and silverfish!

 
 
Ya Allah. i got totally surprise tonight.
Lately ni, fiqa memang tak selesa duduk di sini (means u know seroja's dorm at Sarawak)
sebab gatal2 kena gigit dengan binatang yang fiqa sendiri tak tahu apa dia.
Selalunya fiqa sembur dengan ubat nyamuk yang mati binatang ni:
 
 
curious gila. binatang ni memang digusting.
search punya search kat mr.google, rupanya nama dia silverfish or scientific name:
Lepisma saccharina
 
cari punya cari ini dia:
 
Gegat atau nama saintifiknya Lepisma saccharina merupakan serangga kecil tanpa sayap biasanya berukuran antara setengah hingga satu inci. Ia biasanya bewarna biru keperakan, berbentuk ikan, sementara nama saintifiknya menunjukkan ia menakan karbohidrat seperti gula atau kanji. Ia tergolong ke dalam serangga asas susunan Thysanura, dan spesies ini dipercayai wujud selama 300 juta tahun, bermula semenjak Palaeozoic Era .

Spesies gegat tanpa mata, atau berkait rapat dengannya telah dijumpai pada Januari 2006 di dalam gua di Taman Negara Sequoia, California.
Are Silverfish Harmful?

Silverfish are harmless to humans and they eat starchy things like sugar, flour, paper even hair and dandruff but they are disgusting. Common silverfish (Lepisma saccharina) are small wingless insects that wriggle as they move. Their elongated bodies are covered with shiny, silvery grey scales and taper at the end.

SEE? Silverfish tak berbahaya tapi menjijikkan.
so fiqa wonder binatang apa actually yang asyik menggigit ni.

Jawapannya:
BEDBUGS!
Seriously! 
Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.

Pijat (or sometimes bedbugs) adalah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.

Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.

Di dunia membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995. Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga. Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.

Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka.
 

KESANNYA:
 
gatal-gatal, bengkak dan berwarna kemerahan.

Tanda-tanda gigitan pepijat.
  • Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa kesan gigitan serangga lain seperti nyamuk, semut, kutu, pacat atau lain-lainnya.
  • Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan gigitan pepijat melalui pemerhatian pada kesan gigitan tersebut.
    • Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar untuk menelah yang ianya adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada sekali pada kawasan yang sama secara berkelompok atau linear, ia menunjukkan bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.
    • Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat yang sama membuatkan kesan gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang berhampiran sahaja.
    • Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan juga pada kawasan yang sama mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan pepijat yang berada berhampiran menyorok di kawasan yang terkena gigitan tersebut.
    • Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan kita tergaru-garu juga merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan infeksi atau jangkitan pada kulit.
    • Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau tompokan hitan beripa najis pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang kita ada datang daripada pepijat.
  • Dimanakah kebiasannya kita mendapat kesan gigitan pepijat.
    • Pepijat akan menggigit pada anggota kita di mana-mana saja asalkan ianya terdedah kepada pepijat. Namun kebiasannya kita digigit pepijat di kawasan anggota seperti berikut:
      • Kawasan leher
      • Kawasan muka
      • Kawasan belakang
      • Kawasan tangan dan lengan
      • Kawasan kaki.
  • Berapa lamakah kesan gigitan tersebut mula terasa dan kekal pada kita.
    • Kesan ruam atau gatal pada kulit kita amat bergantung pada individu. Bagi mereka yang mempunyai alahan ia akan menimbulkan kesan ruam yang teruk dan berpanjangan mungkin lebih dari seminggu kerana kesan gigitan demi gigitan dalam tempoh beberap hari.
    • Bagi mereka yang tidak punyai alahan gigitan pula, kadangkala tidak akan mempunyai apa-apa kesanpun.
    • Ada kes di mana kesan ruam hanya akan muncul setelah beberap hari dan ianya amat bergantung pada alahan pada setiap individu.
    • Secara umumnya kesan gigitan mula muncul setelah beberapa jam daripada gigitan dan berkekalan selama 2 atau 3 hari sebelum lega. Jika anda punyai alahan ia akan kekal lebih lama lagi dan kita perlukan rawatan bagi mencegah kesan ini daripada berlanjutan lebih panjang.
  • Adakah gigitan pepejat boleh menyebabkan kita terkena jangkitan penyakit yang merebak.
    • Pada umumnya tidak ada lagi laporan mengatakan pepijat membawa penyakit berjangkit.
    • Gigitannya hanyalah mendatangkan kesan gangguan dan tidak selesa sahaja.
    • Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada alahan pada gigitan ia boleh mendatangkan kesan mual serta kejutan yang memberikan kesan psikologi tidak dapat tidur.
  • Bagaimana merawat kesan gigitan pepijat.
    • Untuk menghilang rasa pedih gigitan pepijat, lalukan anggota yang digigit itu pada air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan kita rasa lebih selesa.
    • Untuk kesan pedih yang kuat anda boleh sapukan lotion antiseptik atau krim antibiotik.
    • Bagi mereka yang ada alahan pada gigitan pepijat, anda boleh gunakan 'oral antihistamines' bagi menutup deria badan yang mengesan rasa gatal. Ia ada dalam bentuk pil atau kapsul dan ada juga dalam bentuk semburan.
Bagaimana anda boleh hapuskan terus serangan pepijat daripada rumah anda.

  • Cara terbaik adalah dengan memanggil syarikat perkhidmatan kawalan serangga yang berlesen di kawasan penempatan anda tinggal.
  • Arahkan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan rapi pada rumah anda dan upah mereka untuk membuat rawatan bagi menghapuskan pepijat yang ada.
  • Jika anda mahu melakukannya sendiri anda boleh membuat beberapa perkara seperti di bawah:
    • Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.
    • Basuh segala tilam, cadar, selimut serta katil anda dengan menggunakan air panas.
    • Vacum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vacum berkuasa tinggi.
    • Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'.

8 comments:

  1. dah pernah,and banyak banyak kali dah kena gigit dengan menatang ni T_T

    ReplyDelete
  2. @Adam Faizseriously this is my first time. bila baca kesan gigitan pepijat ni kat internet mmg seram giler. boleh kena hepatitis. fuh~ bingung.!

    ReplyDelete
  3. pijat,.? pernah kena lagi. huhu

    ReplyDelete
  4. @Lissa LaLissa hmm dia punya gigitan gatal n lambat nak baik. :(

    ReplyDelete
  5. cian dia...sabar ye,,,,,susah sangat bakar je tilam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanim haha klu bkr kawe nk tido mana? Balik johor ar. Haha

      Delete
  6. pernah juga kena..cepat-cepat sapu ubat

    ReplyDelete
  7. saya ada jual ubat tuk hapuskan pepijat ni... http://qaizashop.blogspot.com

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.