Sunday, 16 June 2013

Culture Shock!

holla! hei hei rinduuu nak menulis panjang2 kat sini..haha
tajuk hari ni ialah culture shock a.k.a kejutan budaya.
haha dah macam nak bagi ceramah lak..okay2 stop merapu.. :P
why fiqa tulis entri mengenai kejutan budaya ni..??
sebab fiqa sendiri mengalaminya sekarang... >.<
perubahan2 budaya di Sarawak..sangat berbeza dari di Johor..
contohnya:
  • MAKANAN

macam sedap je kan gambar makanan ni..haha
nampak mewah..actually gambar ni sekadar perhiasan semata2. hehe
makanan disini bolehlah agak mahal jugak..
kalau ambil lauk seketul ayam goreng dengan nasi sikit dapat la RM2.80..
tapi bila tambah sayur sikit..amik kau!
jadik RM3.50. Zzzz

seriously makanan disini lauknya sama setiap hari di cafe..ayam goreng, ikan goreng, kari dan gulai.
(agak boring laa menghadap lauk yang sama, tapi apa boleh buat, sebat je la dah laparrr)

yang paling shock nya di sini ialah makanan2 di Sarawak lansung tak pedas!
Okay2! Harap maklum yer readers, di Johor, kitorang orang Johor ni kuat makan pedas..
satu hari takde sambal belacan yang cili padi tu mesti tak sah...adoii
haha kat sini, sambal belacan lansung fiqa tak jumpaaaa. aduhh sedih (T-T)
sambal lada di cafe manis...tak rasa pedas lansung..huhu
gratefully mak belikan serunding daging yang pedas..
kalau teringin sangat nak makan pedas, makan dengan serunding..
(dah macam raya pulak an)

tapi stock serunding pun dah nak dekat habis...
satu bekas kecil serunding tu RM12.00. mahal dehhh
jadiknya kalau nak makan pedas lagi makan maggi kari rebus je la. hehe

  • MASA/WAKTU

okay dimaklumkan waktu di sini lebih cepat berbanding di Semenanjung..
pukul 6.30 pagi dah terbit matahari...boleh dapat vitamin D yang cukup. haha
berbeza sedikit kan...segala2 nya cepat di sini..oh ya yang seronoknya masa berbuka puasa la,
sebab masuk waktu solat cepat, jadi buka pun cepat. tu yang syok. hehe

then apa yang kejutan budaya di sini mengenai masa ialah semua kena urus sendiri!
okay jujur ini first time fiqa masuk asrama..sebelum ni semua mak dengan abah yang tolong..
tolong kejutkan bangun pagi, tolong itu, tolong ini. sekarang semua kena buat sendiri... -.-

  • PERBELANJAAN
orite ini rasanya subjek yang paling tough..
sebelum ni, belanja semua main order je.

"ayah, belikan itu, belikan ini, blablabla"

sekarang, semua kena beli sendiri..baru tahu harga barang mahal ke tak..
baru tahu penat nak jalan pergi bandar, pergi koperasi. =.=
baru tahu rasa macam takut nak pegang duit time awal2 bulan,
and of course baru tahu rasa kering duit poket hujung2 bulan. haha

gratefully, mesin atm ada dalam kampus... :)

  • KAWAN
orite chapter ni yang paling menarik rasanya. :)
di tempat yang baru, kita akan kenal kawan baru..dan semuanya baru..
part ni.....part nak ingat nama kawan2 baru la yang paling payah...
bayangkan budak asasi UNIMAS ada dalam 600 lebih..belum kira yang second intake lagi..
satu kelas dalam 150 lebih...haha
kalau dulu masa sekolah menengah memang kenal semua kan?
tak payah cakap la..satu kelas paling banyak pun 40 orang, kalau tak ingat nama memang payah laaa..

okay, jumpaaa macam2 karenah kawan disini..yang paling tough yela loghat.
okay kalau masa sekolah memang semua budak johor.
kat sini, semestinya ada Sarawak, Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu and so on..
loghat diorang semua berbeza2. kadang2 fiqa tak paham pun apa yang diorang cakap tau.
.hmm sabar jela.. -__-

lagi, dialek diorang memang ada certain yang lansung fiqa tak paham.
tapi bila kita dah belajar loghat nya..memang best..
unik sangat2! hehe

well, budak johor loghatnya just 'eh' kat belakang ayat. 
soo that's why kami memang suka tiruu loghat negeri lain. haha

  • PERSEKITARAN

orite ini gambar UNIMAS. baru kampus barat..belum masuk kampus timur lagi...
seriously UNIMAS is so big!
dah macam daerah Kota Tinggi!
no wonder laa ramai student bawak kereta sendiri..tapi kami asasi tak boleh bawak kenderaan lagi. 
kena jadi budak degree dulu baru boleh. hee

okay, fiqa as asasi student belajar di kampus timur sahaja. :)


ini dia whitehouse :)
segala urusan semua disini..

so, setiap hari nak pergi kuliah, kena jalan kaki laa..
dalam 5 or 10 minit sampai laa kat dewan kuliah.
(rasanya berat fiqa dah turun bape kg dah ni dengan hanya berjalan. haha)


okay then, fiqa belajar di dewan kuliah 7, dimana dewan kuliah paling sejuk sekali di kampus timur.
Dewan kuliah 7, famously known as bilik mayat. haha
sebab suhu yang terlampau sejuk. kena pakai sweater yaa....kalau tak freeze kamu di situ.
dan paling best, bila dah sejuk sangat..mula la mata ni buat hal..
even duduk depan pun, mata layu je...buat masa ni belum pernah tidur lagi dalam kelas.
hope sampai end sem la. hehe

nak salin nota di depan...no tak payah..sebab nota is given earlier or after class in their special website.
just download and print sendiri laa. cuma, time kena buat latihan..kadang2 tangan macam tak jalan..sebab jari terlalu sejuk. haha

p/s: printer sangat penting utk dibawa..kalau malas nak print di luar laa. save sikit :)

                    



okay la rasanya sampai sini je entri kali ni..panjang kan. haha
dah macam menulis karangan SPM pun adaa. haha

okay till then, nak study untuk exam test mathematic rabu ni. huhu
soalan SPM punyaa..sekarang hope sangat dapat attend kem easymath yang 4 hari 3 malam habis semua topik. huhu
mahu refresh semua balik sebab sekarang empty. +.+

9 comments:

  1. selamat berstudy ye fiqa
    rindu nak tengok fiqa join segmen/ga
    yumida pun org swak
    aah org swak mmg x mkn pedas sgt..pedas sikit je..hikhik
    brg pun agak mahal klo compared ngn semenanjung
    dulu yumida study kat ums, sabah
    kat situ lagi la x mkn pedas..hikhik
    aah betul tu..bila tiba kat tmpt org mcm culture shock kan..moga fiqa dpt sesuaikn diri dgn baik..selamat menimba ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak yumida hehe thanks. Haha
      Akak ada buat segmen ke sekarang? InsyaAllah kalau ada masa fiqa join..hehe

      Delete
  2. Awak ditag

    http://zeirah-snoworld.blogspot.com/2013/06/my-1st-giveaway-by-hathirah.html

    ReplyDelete
  3. huhu. kat sabah lagi la tak pedas.manis2 je. sampai kalau nk mkn kna pesan "bang, bagi pedas siket bha". betul2 pedas siket je dia buat. huhuhu. pengalaman.

    btw, singgah sambil follow sini #914

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Fiqa penah makan kat sabah..omg pedas giler. Haha

      Delete
  4. seronok baca.. hehe erm tapee, selamat berjuang.. hwaiting.. jelous dapat belajar kt sarawak.. kita still kat semenanjung. have fun kt sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tcca hehe thanks! U've fun too! Hee

      Delete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.