Monday, 11 November 2013

Cuti-cuti Malaysia: Jom kita melancong di Legoland Malaysia!

Assalamualaikum readers!
hi lama fiqa tak pot pet pot pet dalam blog, al-maklumlah busy dengan final exam.
So, ni baru habis sem, baru ada masa nak bercerita di blog. hehe

ni je laa yang fiqa dapat kat Legoland. Macam sedap je. Macam sweet je. hihi


Actually, fiqa nak ceritakan pengalaman bercuti di legoland yang terletak di dalam negeri kelahiran fiqa,
JOHOR. yeah, Johor, luaskan kuasa mu! *tetibe

Percutian di Legoland ni sebenarnya bukan baru sangat, sebab masa cuti raya lepas fiqa balik dari Sarawak tu yang ayah ajak melancong, hehe. Jadinya, masa fiqa pergi tu waterpark dia belum bukak lagi.
sekarang dah bukak kot, mesti best. fiqa tengok dia punya construction pun, fuiyooo... amazing!


hihi. this is me. bergambar di depan taj mahal lego. *pun jadik laaa


Seingat fiqa, Legoland yang terletak di Nusajaya, Johor ni memang besar. Nama pun international family park. :)

First2 masuk legoland je fiqa terus pergi main Projek X. pergh, mantap habis kot.
Kalau korang ada sakit jantung, gayat ke, fiqa pesan jangan cuba. 
Sebab benda ni memang cool habis!!! *bagi fiqa. haha

Then, fiqa terus mencuba roller coaster seterusnya. Agak2 ada dalam 5 roller coaster kot dalam Legoland ni.
Fiqa dah pun try semua sekali. Overall, fiqa naik roller coaster dalam 7 pusingan. Amacam, korang ader??
*balik rumah pening kepala. haha lambat betul kesan dia.

Setelah mencuba semua roller coaster, dari pelbagai jenis, saiz dan keseraman, fiqa pergi main tembak menembak guna laser dalam treasure hunt. berapa point je kot fiqa dapat. yang penting fiqa menang dari adik fiqa. hihi 



Ada macam2 permainan lagi yang menarik tau, memang seronok laa.
Yang paling tak boleh blah ialah penyesalan fiqa membazir duit main permainan yang dekat stall kecik2 tu. 
baru main dalam 4 game, habis rm50. satu bola rm10 kot. lepastu tak menang. LOL
satu pembaziran. kalau fiqa pergi beli terus kat kedai dalam Legoland tu dah dapat dah. -__-

Oh yaa, cakap pasal souvenier, korang boleh je pergi membeli belah di kedai2 dalam Legoland tu.
Kat Legoland ni boleh tahan laa ramai pelancong yang pakai vouge2 tu. #eh
jap, kalau korang agak2 takde baju yang sesuai nak pakai kat Legoland tu boleh je pergi beli kat ZALORA MALAYSIA
Jimat masa, online je. lepastu banyak pilihan dan macam2 ada. semua cantik2! 


macam lapar je. macam lapar je. ngehh :3


So, that's all yang fiqa nak cerita. tak banyak sangat yang fiqa ingat. 
Korang jangan laa melepaskan peluang untuk ke Legoland tau. Pengalaman tu.
ingat tau, pengalaman tu tak dapat dibeli, kita yang kena mencarinya sendiri.


Just enjoy yourself. But, don't forget Allah.

 

8 comments:

  1. Saya suka legoland walaupun dah tua bangka...hihihi

    ReplyDelete
  2. haha tak kira umur boleh main kat Legoland tu. :D

    ReplyDelete
  3. Huh, tak pernah ke legoland lagi. Bilalah nak pergi ni.

    ReplyDelete
  4. bila nak belanja saya pegi legoland ?

    ReplyDelete
  5. Hafiz: saya ingat nak belanja suami saya je pergi Legoland. berdua ke sana. hee :3

    ReplyDelete
  6. macam seronok je! teringin nak pergi, tapi terlalu jauh T__T

    ReplyDelete
  7. FD: alaa terengganu dengan johor dekat je laa. hehe

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.