Tuesday, 14 January 2014

Alangkah Indahnya Jika Mimpi Bertemu Rasulullah.

Assalamualaikum w.b.t.

Solawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia kita, Muhammad S.A.W.
Sahabat, pernah kah kamu bermimpi bertemu Rasulullah?
Jika pernah, masyaAllah, kamu la umat Rasulullah yang paling bertuah dan beruntung.
Jika belum, mari kita berdoa bersama-sama agar dapat bertemu dengan Baginda S.A.W di alam mimpi. 
InsyaAllah.


Pada 12 Rabiulawal 1435 Hijrah ini, 
fiqa mahu kongsi sedikit hadis berkenaan mengenai mimpi bertemu rasulullah. 
Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. 


  • Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku".

  • Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku".

  • Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.


Amin. Mari kita amalkan bersama.

*sahabat, jika ingin membaca kisah2 mimpi, hadis dan pendapat, boleh klik ke link INI.

2 comments:

  1. allahuakbar...
    Salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maulidur rasul. mari berselawat ke atas baginda :)

      Delete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.