Thursday, 23 January 2014

Segmen Pantun Seloka

*KLIK BANNER*


Tarikh tutup pada 28 Februari 2014
Tarikh umum pemenang 10 Mac 2014


Hadiah

1. Teddy Bear Sun Bear x 1 pemenang
2. Wang Tunai RM20.00 x 1 pemenang
3. Bedak Tanaka x 3 pemenang
4. Topup RM5.00 x 4 pemenang


Hasil karya original Fiqa Nsz. No ciplak allowed okay! >.<



Rumpunan pandan tepian akasia,
Dipetik perawan membawa keranji,
Hasad dan dengki lumrah manusia,
Yang betul salah, yang benar dikeji.


Indah mawar tepian pedada,
Mekar berkembang kuntuman memerah,
Hidup ini ibarat roda,
Adakalanya di atas, adakalanya di bawah.


Resah puteri duduk termenung,
Memakai kebaya warnanya merah,
Walaupun berbudi setinggi gunung,
Tersilap langkah, habis punah.


Indah mawar sayang berduri,
Dihinggap kenari patah dedahan,
Sudah lumrah manusia iri,
Hanya tahu mencari kesalahan.


Mentari bersinar mengorak cahaya,
Duduk pemuda leka berlagu,
Angkuh sombong lagak manusia,
Hidup segan, mati tak mahu.
.

6 comments:

  1. Raya puasa pasang pelita,
    Nampak meriah suasana raya;
    Terima kasih kerana turut serta,
    Berkat usaha menempa jaya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, dah semak dapat hadiah apa ke? Untuk segmen kali ini semua dapat hadiah. Sila semak dan claim segera. :)

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.