Tuesday, 4 February 2014

Ubat FRUST Cinta


 
Assalamualaikum.
fiqa nak berkongsi sedikit mengenai tajuk "Ubat FRUST Cinta". Hmm..ramai yang dah mengalaminya bukan? Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. 

 
Ada kata pujangga "Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas".
Fiqa tertarik dengan tulisan saudara Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Tentang Cinta"  mengenai tajuk ini.
 

"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya"

 

Ya, fiqa setuju sangat mengenai pernyataan itu. Ramai orang di dunia ini seolah-olah lupa tujuan hidup yang abadi iatu kerana ALLAH S.W.T.
 

Fiqa pun pernah mengalami derita frust dalam bercinta. Alhamdulillah, fiqa dapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku. Bila fiqa muhasabah diri, fiqa sedar yang selama ini fiqa lebih mementingkan hadiah (cinta) daripada pemberi hadiah (Allah). Rasa kesal, kecewa tetapi bersyukur kepada-Nya kerana akhirnya fiqa telah sedar akan kesilapan diri.

 
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Putus cinta juga bukan pengakhiran buat segalanya. Yakinlah, Allah itu Maha Adil.
 

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui." (Al-Baqarah:216)


Mari kita lihat putus cinta ini dari aspek positif. Jangan terlalu merendahkan harga diri anda. Fiqa rasa anda masih pujuk hati dan berfikir seketika, "Ya, Allah sentiasa ada!" Mungkin bukan dia yang terbaik untuk kita. Mungkin dia yang terbaik untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti akan datang sebagai gantinya! 


Ingat, jangan katakan kenapa aku yang kena?? kenapa aku yang malang? tetapi sebaik-baiknya katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya lebih mencintai Allah. Memang begitu rahmat tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmahnya kerana dalam ujian manusia lebih senang mengingati Allah.

 
Percayalah frust dalam bercinta adalah satu ujian daripada Allah dalam kehidupan kita. Ia merupakan pelajaran yang perlu kita fahami. Fiqa sendiri ingin tegaskan disini, ujian itu sentiasa akan hadir dalam hidup kita. Jika tidak ada ujian, maka apa erti kehidupan itu? 

****

KECEWA ITU GURU. Ya, kecewa sekali apabila putus cinta. fiqa pun merasainya, Aduh! terhenyak seketika. tetapi jika kita fikir dengan lebih mendalam, kecewa dalam bercinta itu juga merupakan guru kepada kita. Guru yang memberi pengajaran kepada kita. Sesungguhnya, kecewa itu sememangnya guru terbaik buat kita!


 


Akhir sekali, buat renungan semua, fiqa selitkan sedikit puisi yang fiqa coretkan;
 

Bunga Cinta yang Sirna 


Lihatlah di sana 
Sekuntum bunga hatiku 
Hilang dibawa angin lalu 
Semacam perasaan ini 
Yang dulunya mekar 
Namun kini semakin layu. 


Lihatlah di sana 
Sekuntum bunga hatiku 
Yang semakin pudar 
Ditelan janji yang hilang 
Telah punah segalanya 
Seperti tasik yang gersang. 


Lihatlah di sana 
Sekuntum bunga hatiku 
Musnah dilanda kemarau panjang 
Kerana tiada disirami cinta 
Yang dulunya tulus 
Kini telah sirna. 


Lihatlah di sana 
Tiada lagi bunga hatiku 
Kerana kini nafasku sudah terhenti 
Walau jasad masih berjalan 
Mengejar harapan yang pergi 
Semuanya telah hilang 

Gara-gara cinta yang sirna.







 Ingatlah! Kita perlu fahami hakikat ini.  
Frust bercinta merupakan hakikat hidup kita yang perlu kita terima.
Hidup itu bukan selalunya bahagia dan mudah. Hidup juga tidak selalunya indah, kerana disitulah keindahan hidup!
 

10 comments:

  1. Heeee...cinta lepas nikah inshaallah lebih indah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. cinta lepas nikah itu halal dan mendapat pahala. :)

      Delete
  2. frust bercinta ni hampir kebanyakan orang pernah merasa... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. frust dalam bercinta itu kan lumrah.

      Delete
  3. well tb mcm baru je mengalami nye tp kn mls amik port..so life must go on..cmon ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. life must go on even it's hurt.

      Delete
  4. saya akan makan ubat yg doktor bagi ni. LOLzz :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm. makan laa insyaAllah moga ada manfaatnya.

      Delete
  5. bru ptus cinte ke.dgn spe.hrp trus brsbar ^^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan putus cinta, cuma rasa kecewa sikit.

      Delete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.