Thursday, 20 March 2014

Pengalaman Menawan Gunung Serapi dan Waterfall Tercantik di Kubah National Park, Sarawak.


Assalamualaikum. Hai peeps!
Kali ni fiqa nak menceritakan pengalaman fiqa mendaki gunung di kubah national park hari ahad lepas,16 March 2014.

Kami berkumpul pada pukul 7 pagi di depan dewan UNIMAS. Masa untuk menerima bekalan makanan dan air, peti kecemasan untuk setiap kumpulan pbl, kegunaan untuk pendakian nanti.
Then, kitorang sampai ke Kubah National Park dalam pukul 9, dengar taklimat dan terus menjalankan task yang disediakan untuk group masing2 dan akan membentangkannya dalam video. Task yang kumpulan pbl fiqa dapat ecotourism. :)


Kumpulan PBL 3-1 bersama Sir Razif. :)


Next, kitorang mendaki ke gunung serapi yang ketinggiannya hampir 3000ft dan berjaya menawannya dalam pukul 1 petang. Penatnya tak terkata la. Walaupun trail ke summit itu tidak terlalu mencabar kerana sudah disediakan jalan bertar untuk ke sana (means korang boleh je naik kereta ke summit), seluruh badan tersangat laa penat sebab jalannya curam2 belaka. Kalau 200ft, ambil masa hampir setengah jam untuk sampai atas, sebab curam. 


 








Then sampai2 je summit terus melihat pemandangan yang cantik dari atas. Subhanallah, boleh nampak gunung2, pantai dari atas. Memang kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.





Lepas makan, kitorang terus bertolak turun dari puncak gunung serapi menuju ke waterfall.
Untuk pengetahuan korang, waterfall di kubah national park ini merupakan salah sebuah waterfall tercantik di Malaysia. Perjalanan untuk ke waterfall ni 1.5 km dan laluannya sangat2 lah mencabar ketahanan otot kaki kerana semua laluannya di dalam hutan belantara. 





Tahu tak, sampai2 je waterfall tu, kaki dan tangan fiqa terus menggeletar. Tapi dia hilang setelah melihat kecantikan waterfall tu.


Subhanallah, cantik kan? :D


Fiqa juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar banyak2 di waterfall ni sebagai kenang-kenangan. Sempat bergambar dengan kawan2 dan lecturer yang bujang. hehe
Walaupun tak sempat nak mandi, dapat rasa kesejukan air yang mengalir ni pun sudah memadai.
Batu2 di waterfall tersangat lah licin dan fiqa ada tergelincir sekali. Di depan lecturer fiqa yang hensem pulak tu. haha (malu kot :p)







 



Finally, kitorang bertolak balik dan sampai di UNIMAS dalam pukul 6.30 petang.
Walaupun penat sangat2, pengalaman yang dikutip sangat berbaloi.
Kiranya, penat tetapi enjoy. :D


Pengalaman itu tersangat berharga, ia tidak boleh dijual beli dan hanya dapat bila dicari dengan hasil titik peluh kita sendiri. 





"Experience is the teacher of all things."



10 comments:

  1. Wah bestnyer, cantik pemandangan kat waterfall tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Subhanallah memang cantik :D

      Delete
  2. tb2 rasa rindu lak nk luangkan masa utk travel gini.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ada masa boleh luangkan masa untuk aktiviti cmni :)

      Delete
  3. tahniah kerana berjaya menawan gunung serapi. Semoga pengalaman akan menjadi pengajaran berguna dalam kehidupan. Kalimah Allah sentiasa meniti di bibir.. :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehe. dah habis dah. lain kali pulak :3

      Delete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.