Thursday, 30 January 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN




Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.


Tuesday, 28 January 2014

Rindu Abah dan Emak !


Mesej Menyedihkan Terakhir Ayah Kepada Seorang Anak di Facebook (Kisah Pengajaran) 


Sentiasa ingat tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ini.


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.


Ditatap isinya,


“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”


Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Mari sentiasa doakan kesejahteraan ibu bapa kita setiap hari kawan-kawan. :)


Ingatlah sahabat sekalian, sentiasalah menghargai ibu bapa kita, sentiasa tanya khabar pada mereka sementara mereka masih ada sentiasa doakan untuk mereka.



 Fiqa rindu sangat abah dan emak.


*Titisan tinta untuk abah dan emak

Abah, andai saat ini abah sedang membaca post fiqa, fiqa nak abah tahu yang fiqa selalu rindukan abah dan emak. Fiqa tahu fiqa bukanlah anak yang baik sebab fiqa tak selalu tanya khabar kat abah dan emak. Kesibukan selalu menjadi alasan untuk fiqa terlupa untuk menelefon emak dan abah. Maafkan fiqa sebab fiqa selalu terlupa. Fiqa sayang abah dan emak. Sungguh, fiqa rindu abah dan emak. Fiqa rindu nak dengar alunan suara abah mengaji tiap2 pagi subuh. Fiqa rindu dengan masa yang diluangkan emak dengan fiqa. Fiqa rindu nak dengar motivasi dari abah tiap2 pagi sebelum pergi sekolah. Fiqa rindu dengan masakan mak, ciuman mak sebelum masuk tidur. Fiqa rindu nak dengar mak marah fiqa sebab fiqa malas nak buat kerja rumah. Fiqa rindu abah yang mengawal fiqa dari berkawan dengan lelaki sesuka hati. Fiqa ingat lagi, abah selalu delete mesej2 dari budak2 lelaki yang cuba nak usha fiqa. Fiqa memang marah dulu, tapi sekarang fiqa tersenyum sebab banyak manfaat yang fiqa dapat. Fiqa rindu segala-galanya tentang abah dengan emak. Tak kisahlah orang nak kata abah dengan emak macam mana pun, fiqa tetap terima dan sayangkan abah dan emak. Sebab bagi fiqa, emak dan abah lah segala-galanya bagi fiqa. Cuma, fiqa nak abah dan emak tahu yang fiqa tiap2 hari kirim salam rindu dalam setiap doa tiap kali selepas solat.
Doakan keberkatan fiqa dalam menimba ilmu ya abah, emak. 


Monday, 27 January 2014

Ariana Rose Episod 20 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 20

Ariana Rose Episod 19 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 19

Ariana Rose Episod 18 - Tonton Online



Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 18

Ariana Rose Episode 17 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 17

Thursday, 23 January 2014

Salji Turun di Indonesia?



MasyaAllah terkejut fiqa dengan berita salji turun di Indonesia.
Fiqa yang berada di Malaysia ni patutlah sejuk semacam je.
Tidur siap pakai sweater dengan selimut tebal lagi, tapi masih sejuk.
Rasa macam dah duduk oversea pun ada juga di Sarawak ni.


Seperti yang korang tahu, Indonesia merupakan negara asia yang terletak dekat dengan garisan khatulistiwa.
Kebiasaannya mustahil untuk Indonesia turun salji, tapi kuasa Allah kita memang tak dapat menduga.
Mari kita lihat video berita ini.


Adakah Malaysia juga berkemungkinan turun salji?
Mari kita fikir dan renung-renungkan kejadian luar biasa yang berlaku ini.
Mungkin ini antara salah satu tanda kiamat telah hampir.

Segmen Pantun Seloka

*KLIK BANNER*


Tarikh tutup pada 28 Februari 2014
Tarikh umum pemenang 10 Mac 2014


Hadiah

1. Teddy Bear Sun Bear x 1 pemenang
2. Wang Tunai RM20.00 x 1 pemenang
3. Bedak Tanaka x 3 pemenang
4. Topup RM5.00 x 4 pemenang


Hasil karya original Fiqa Nsz. No ciplak allowed okay! >.<



Rumpunan pandan tepian akasia,
Dipetik perawan membawa keranji,
Hasad dan dengki lumrah manusia,
Yang betul salah, yang benar dikeji.


Indah mawar tepian pedada,
Mekar berkembang kuntuman memerah,
Hidup ini ibarat roda,
Adakalanya di atas, adakalanya di bawah.


Resah puteri duduk termenung,
Memakai kebaya warnanya merah,
Walaupun berbudi setinggi gunung,
Tersilap langkah, habis punah.


Indah mawar sayang berduri,
Dihinggap kenari patah dedahan,
Sudah lumrah manusia iri,
Hanya tahu mencari kesalahan.


Mentari bersinar mengorak cahaya,
Duduk pemuda leka berlagu,
Angkuh sombong lagak manusia,
Hidup segan, mati tak mahu.
.

Wednesday, 22 January 2014

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti [lirik+official video]



Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini

Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

[Korus]
Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

[Ulang Korus]

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti


Sunday, 19 January 2014

Kita Boleh Bertunang Tanpa Sedar?

Assalamualaikum. 


Andai benar sudah terikat, akan sedaya upaya untuk setia.




Percaya atau tak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.


Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.



Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"


Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.


Contoh:

lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.


Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.


Persoalan ialah bila Ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada hukum syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.


Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?

- Sumber: UAI -



*apa2 pun, jodoh di tangan tuhan. Jodoh itu pasti bertemu.

Ariana Rose Episod 16 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 16

Ariana Rose Episod 15 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 15

Ariana Rose Episod 14 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 14

Ariana Rose Episod 13 - Tonton Online


Klik Untuk Lihat:
Sinopsis Drama
Full Episodes Here
Ariana Rose Episod 13

Friday, 17 January 2014

My silence is just another word of my pain.


Segmen Topup RANDOM 12 JAM by Mya

*KLIK BANNER*


Berakhir jam 12.00 malam ini.

Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah..

*KLIK BANNER*

Wednesday, 15 January 2014

Pelajar Degree Tahun Satu hilang 4 hari lalu mati ditemui di kawasan UNIMAS.

Kota Samarahan: “Hati saya kuat mengatakan mayat itu anak saya. Ini kerana saya kenal baju dipakainya,” kata seorang ibu susulan penemuan mayat dipercayai anaknya, Siti Najwa Atikah Azhar, 20, penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman universiti terbabit, di sini, semalam.




    Mayat hampir reput itu ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 5.20 petang selepas berita kehilangan Siti Najwa diketahui pada Ahad lalu.


    Ibunya berusia 40-an dan enggan mendedahkan namanya berkata, dia yakin mayat itu anaknya berdasarkan pakaian dipakai walaupun sukar mengecamnya.


     “Kali terakhir Siti Najwa menghubungi saya pada 4 Januari lalu dan dia sempat memberi nasihat serta meminta saya menjaga kesihatan. Selepas itu, saya langsung tidak mendengar sebarang berita daripadanya.


     “Dalam perbualan itu, Siti Najwa sempat memberitahu dia tidak sabar pulang ke kampung pada 12 Januari lalu sebaik tamat peperiksaan semester.


    “Kehilangannya hanya disedari selepas dia tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang seperti dijanjikan menyebabkan kami cuba menghubunginya.


Foto
MAYAT dipercayai pelajar UNIMAS ditemui tidak jauh dari kawasan universiti.


    “Tetapi malangnya, panggilan tidak dijawab menyebabkan kami sekeluarga membuat laporan polis di Georgetown, Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


    Kehilangan Siti Najwa yang juga penuntut tahun pertama Program Khidmat Sosial dari Fakulti Sains Sosial UNIMAS mula disedari ahli keluarganya yang gagal menghubunginya sebelum meminta bantuan pihak pengurusan universiti terbabit untuk mengesan pelajar itu.


     Keadaan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ahli keluarganya, malah rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kolej kediamannya menunjukkan mangsa keluar sambil memakai telekung dan membawa al-Quran.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern ketika ditemui mengesahkan mengenai penemuan mayat terbabit.


     Katanya, laporan mengenai kehilangan penuntut terbabit dibuat pengurusan UNIMAS pada Ahad lalu dan gerakan mencari serta menyelamat dijalankan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Unit Anjing Pengesan serta penduduk kampung berdekatan.


    “Polis tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayat dengan sebahagian anggota hampir reput. Daripada maklumat diterima, mangsa kali terakhir ditemui rakannya pada 4 Januari lalu.


   “Mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.” katanya.



*p/s: Al-fatihah buat akak senior yang meninggal dunia. Mudah-mudahan beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Salam Maulidur Rasul 1435H/2014: Mari Cintai Rasulullah Sebagaimana Baginda Mencintai Kita.

Assalamualaikum.w.b.t
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

(lirik lagu Hijjaz -Rasulullah)





Mari kita hayati video di bawah ini :)


Mari kita sama-sama menghayati video ni. 
Kemudian mari kita berselawat bersama-sama menyampaikan cinta kepada Rasulullah.
Menangis bersama mengetahui betapa dalamnya cinta Rasulullah kepada kita.
Semoga bermanafaat. InsyaAllah.