Tuesday, 20 January 2015

Projek Diet Atkins - 2015

Assalamualaikum. :)
Tahun ni fiqa nak buat lagi diet. Rasanya setiap tahun buat diet tapi tak jalan. Ada yang berkesan tapi kesan dia memudaratkan. Lagi2 lah sekarang ni fiqa dah kena gastrik. Nak diet pun kena berhati-hati.
Anyway, terjumpa satu diet yang menarik untuk dicuba. Nama dia diet atkin sempena nama pengasas diet ini iaitu Dr.Atkins. Korang boleh try search google untuk tahu lebih lanjut pasal dia k. ^^
Then, result fiqa dalam kuiz yang diambil, fiqa kena jalankan diet Atkins40.
Oh ya, lupa nak cakap reason nak buat diet ni. Actually mental breakdown lepas tengok penimbang. Naik 5kg dalam masa seminggu je. LOL. Ni semua minggu study week + final exam week punya pasal. Makan tak jaga, banyak sangat makan gula, minum caffein, ni la akibatnya. Balik2 je mak tegur, "aii dah gemuk kau fiqa!". #sentap k sentap. haha
(tapi yang lawaknya lepastu dengar mak cakap dah gemuk fiqa boleh nafikan lagi)

Walaupun diet ni sangat sihat, sebab dia diet kira kalori, tapi fiqa rasa agak susah jugak untuk diikuti.
Ini kerana mak fiqa masak makanan yang sedap2 dan berkalori tinggi setiap hari. :(
(susah nak kawal nafsu dari tak makan, maklumlah bukan selalu dapat makan masakan mak)
How Does Atkins Work?
Oleh yang demikian, fiqa akan menggunakan alat bantuan dalam menjalankan diet atkins ni. HEHE
Alat bantuannya ialah krim slimming dengan slimming suit. Oh ya, hari2 kena exercise jugak. Tapi fiqa cuma suka exercise dalam rumah, so menari paling sesuai untuk fiqa. :P
*p/s: dah download senarai resipi yang disarankan oleh program atkins ni. Nak try mulai esok.
Insyaallah nak update setiap hari. Wish me luck!

No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.