Sunday, 25 January 2015

Resepi Puding Karamel (very easy to make!)


Assalamualaikum. :)
Hi tadi baru je siap buat puding karamel. first time buat and alhamdulillah jadi.
Nak share sikit resepi puding karamel yang super duper mudah nak dibuat ni.
(sementara resepi masih fresh dalam kepala, salin sini hoho)


*untuk hasil 10 cup kecil puding

Bahan-bahan untuk gula hangus:
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Bahan-bahan untuk puding:
1 tin susu cair/karamel
1 sudu esen vanilla / daun pandan
3 sudu besar gula
5/6 biji telur


Cara2:
  • hanguskan gula dan setelah gula cair dan berwarna keperang-perangan, masukkan 1/2 cawan air. (berhati-hati sebab ia mudah meletup). Kacau sebati. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas puding. (letak 2 sudu besar setiap satu or ikut suka hati korang)
  • next, panaskan susu cair dengan api sederhana dan masukkan gula. Kacau sebati. Tuang sedikit esen vanilla. bila dah mendidih, tutup api. 
  • then masukkan telur (telur dipecahkan dahulu dan dikacau sebati di mangkuk lain) ke dalam adunan susu cair. Kacau sebati.
  • final step, masukkan ke dalam mangkuk bekas puding dan letakkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 hingga 25 minit. Then angkat dan sejukkan. Siap! Mudah kan? :)

Inilah hasilnya!

*p/s: nak hilangkan lubang2 dalam puding tu, fiqa baca google, adunan puding tu kena blend (telur dan susu cair, gula, esen) selama 1 minit. Next time fiqa buat lagi, fiqa try cara tu pulak hee :P




2 comments:

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.