Thursday, 15 January 2015

Selesaikanlah hutang anda.

Assalamualaikum. :)
Semoga pembaca diberkati Allah s.w.t selalu. Harini fiqa nak share sedikit pasal hutang.
Semua orang ada hutang kan? Tak kisah la hutang dari segi business ke, hutang pemberian hadiah ke (macam giveaway2 yang blogger anjurkan, fiqa ada menang dalam beberapa kali tapi hadiah sampai sekarang tak sampai, tapi takpelah fiqa maafkan mereka, kerana mungkin mereka nak publisiti cuma sayang cara mereka salah kerana tidak menunaikan janji yang ditaburkan).


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”




Ingat tu, berapa banyak pun amal jariah kita, jika kita ada hutang.. roh kita terseksa setelah kita mati. Fiqa rasa masa kita masih hidup ni pun kalau kita berhutang hidup tak pernah nak aman. Asyik fikir bila nak selesaikan hutang. Tetibe aku mati esok? Siapa nak tolong langsaikan hutang. So lepasni hope dapat selesaikan semua hutang dalam business fiqa and nak stop. But yeah, still ada hutang pelajaran. Pinjaman biasiswa. Hmm. Hidup seorang pelajar memang banyak berhutang. :(


Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan.
Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.



Konklusinya, mari langsaikan hutang secepat mungkin. Kan dah masuk tahun baru, azam baru, 2015 ni tekad untuk langsaikan semua hutang lama dan kurangkan berhutang. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.