Tuesday, 1 March 2016

Ada apa dengan Aquatic Science?


Assalamualaikum. :)
Hi peeps. Tetiba rasa nak share sikit pasal course yang fiqa ambil ni. Undergraduate studies of Aquatic Science Resource Management in UNIMAS. Sebelum ni nak cerita pasal course ni, tapi tak sempat-sempat sampai la satu course mate share status dia tentang course ni.

Sampai sekarang masih banyak yang tak tahu perbezaan antara Marine Science & Aquatic Science. Bila sebut akuatik pasti orang ingat kita akan belajar mengenai ikan semata2, ataupun anda adalah perantis Pandalela Rinong (orang terkeliru dengan acara akuatik dalam arena sukan). Untuk membuka mata masyarakat yang sering terkeliru maka saya ingin mengatakan ini sahaja- 🐬Sains akuatik merangkumi Freshwater science, Marine science dan estuarines. Dari situ kita tahu bahawa Marine science adalah sebahagian dari aquatic science dan program ini bukan hanya belajar mengenai ikan, surprisingly this programme more than what you could imagine. Program ini merangkumi physical & biological oceanography serta limnology. Pelajar akuatik juga belajar mengenai genetic & reefs. Jangan menilai atau mengata sesuatu yang anda sendiri pun tidak pasti, dan jangan ketawakan kawan anda bila dia sebut program yang anda rasa senang tapi sebenarnya 'the struggle is real'. 😊 - Tipah Lihong

I like this status actually. Well said by her. Yup, the struggle learning this course is real. Tapi ia berbaloi. Kenapa fiqa kata berbaloi?


1. Kita belajar banyak benda baru. Contoh open sea. Korang tahu tak ikan laut dalam darah kaler biru? Sebab low oxygen adaptation. And ada ikan yang bentuk lembik2 cam jelly tu sebab dia takde skeleton atau muscle, iaitu blobfish. Oxygen yang kita guna untuk bernafas ni bukan banyak dihasilkan oleh pokok, tapi oleh phytoplankton, microorganism yang hidup terapung di lautan?

   


2. Open sea is like desert. Desert tu kan luas, tapi dalam dia ada macam2 makhluk yang hidup disitu kan? Sama la macam laut. Korang tahu Mariana Trench? Kedalaman Mariana Trench lebih dari 11km, kalah Mount Everest yang tinggi 8km.



3. Adventure. This is most important for me. Belajar course ni, fiqa kena pergi field trip tiap2 semester. Sampling, ukur kemasinan air laut, tangkap ketam, kira quality air, semua dah buat. Penat? Taklah, penat sikit tu apalah sangat dibandingkan dengan pengalaman yang kita dapat.

 

4. Enjoy the nature, appreciate it more. Well, kalau korang rasa nak study sambil enjoy nature, ni course terbaik. Pantai, sungai, like healing trip for me. 


5. It more specific. Course ni, specific, dia memang belajar pasal aquatic dan seangkatannya. So kalau korang senang dapat kerja after graduate. Nak sambung PHD pun boleh. Tapi bukan Penyakit Hasad Dengki tau, tapi Doctor of Philosophy. Bukan apa, sebab sekarang ni banyak sangat jumpa budak2 IPT yang tak graduate tapi PHD dia, kemain.



Sebenarnya ada banyak lagi boleh cerita, tapi kalau korang nak tahu lebih lanjut, datang je laman web >> FRST unimas <<
Ramai yang tak tahu, lepastu buat2 tahu pasal course ni. Memang budak2 course ni sikit, tak ramai pun. Sebab ramai reject. Sebab tanggapan masyarat, nak jadi nelayan ke belajar ni?

|
|
Heh, nelayan pun apa salahnya ye tak. Kita jadi bos nelayan. We culture aquatic life and do business, we can be billionaire.


2 comments:

  1. Kaya kaya kaya!

    ReplyDelete
  2. JEMPUT JOIN

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/segmen-bloglist-by-aina.html

    ReplyDelete

thanks a lot for the comment :D
*your comment will be publish later.