Thursday, 28 April 2016

Wordless Thursday: I miss you.

Assalamualaikum. :)

Too much work to do but still..

Thursday, 21 April 2016

Wordless Thursday: You're weird. I like you.

Assalamualaikum. :)


You know what..

Tuesday, 12 April 2016

My Summer Camp experience! | PRIMU Unimas



Assalamualaikum. :)

Hi peeps! Nak citer my experience selama 3 hari 2 malam join Summer Camp yang dianjurkan oleh Kelab PRIMU Unimas ni di Rock View Lundu dari 9/4-11/4/2016.
FIRST DAY


Kami berkumpul seawal 6.30 pagi di BHEP dan bertolak dalam pukul 7.15 ke Lundu. Sempat lagi selfie, tengok la muka excited fiqa, tak sabar walapun sebenarnya sleepy sebab semalam sebelum pergi camp tidur satu jam lebih je or lebih tepatnya seminggu jadi burung hantu sebab ada exam. Eh, ada sadisnya sebelum pergi tu, sampai je BHEP dari Dahlia, kasut sukan fiqa lekang. Nak berlari balik pergi Dahlia tak sempat so fiqa tahan je mana2 kereta tukar kasut. Last2 pakai kasut sneakers. Then, naik bus, sepanjang perjalanan pergi memang tak tidur, 2 jam lebih borak sampai ke Lundu. Tup tup sampai.






Sampai-sampai je di Rock View, kami di beri 'briefing' oleh faci PRIMU dan dibahagikan team untuk setiap khemah. Fiqa dapat satu khemah dengan dayah, kak aimi dan juju. Then kami pasang2 khemah, fiqa pulak cuba ingat balik cmne pasang khemah, last pasang khemah time form 4 masa join jambori pengakap kat putrajaya haha. So blur la jugak. hee








Then, kami berkumpul di dewan rock view, untuk sesi ice breaking. First, faci kasi nametag dan suruh kami lukis haiwan feveret, Fiqa lak lukis gambar obor-obor sebab memang fiqa suka jellyfish. Lepastu random passing tag tu, kena cari balik tuan name tag tu. Nasib haiwan fiqa lukis rare fiqa sorang je lukis, senang la jugak nak cari, yang lukis kucing, payah jugak nak cari sebab ramai lukis haha. Then, cara dia ice breaking memang unik. tak terfikir pulak kena cari teammates guna soalan2 hint yang diberi kepada setiap peserta. Rasa macam detektif jap. Topik fiqa dapat pulak time tu mengenai Tun Dr Mahathir. Next, kenal2 dengan group mates; akmal (leader), gary, zimah, qila, effy, aina, andik and tia(faci).



Our group picture. #weareone #teamTunMahathir 




Best sangat sebab dapat group yang happening, eh bukan ahli group je yang happening, semua orang yang datang sini memang happening. Masing2 ramah. So terselah la fiqa punya personaliti sebenar kat camp ni. Rasa syok sangat sebab diorang tak awkward even baru first time jumpa and terus boleh borak bila fiqa ajak borak. Kita kan dapat rasa kalau orang tu suka ke tak nak bercakap dengan kita ye tak?








First activity outdoor ialah absailing. Fiqa ingat, absailing kat bangunan siap bawah dia ada tilam, tapi yang ni kat kawasan bukit, tilam dia batu haha. Fiqa tak buat absailing ni, sebab seram sangat sampai ternganga je mulut fiqa. Dia ikat kat satu pokok je tali tu. Rasa insecure je kan. hehe. So tengok jela orang buat, plus fikirkan kasut fiqa pakai tak sesuai plus lepastu hujan. Nampak instructor pakai kasut getah, menyesal lak tak bawak kasut getah time guna masa fieldtrip dulu. hmm


Ni gambar Akmal masa aktiviti absailing



Petang tu, kena buat tulis nama kat satu kertas kosong. Rupanya kena buat crush paksa. Then depa bahagi2 kertas nama tu suruh tulis message kat nama yang kita dapat. Nama aktiviti ni send your message to your crush. lol



Second aktivity outdoor pada sebelah malam, iaitu "night owl activity". Next, module berdebat, tapi fiqa tak suka debat sangat so fiqa cuma cakap je sekali je haahah. Then dalam pukul 12 tengah malam camtu join night owl activity. Hmm tahu tak malam tu hujan, so tahu2 la camne kan. haha. Pasang blindfold, then jalan dalam group, ikut instructor. 



Route dia, fiqa memang tahu dia buat dalam je walaupun kata masuk hutan, sebab boleh rasa kat kaki, plus fiqa memang banyak kali main game ni dari sekolah rendah, sampai ke sekolah menengah, banyak sangat join kem kepimpinan sebab jadi pengawas dulu lol. So far, blindfold ni paling santai, and fiqa tak rasa apa sangat sebab pernah join yang kena brainwash betul2, but okay la sebab expect nama dia summer camp right, camp santai2. >.<



The night before we went for Night owl activity


Malam tu, habis dalam pukul 2.30 pagi and fiqa bersiap pukul 3.30pagi baru tidur, tapi tidur surau. Sebab khemah banjir, hujan siang tadi. Sejuk sampai ke tulang sum sum. Tidur 1 jam lebih je pun, tapi rasa cam lama je sebab sejuk sangat, dah la alas guna sejadah je. Kat kolej pun fiqa tidur guna selimut tebal. Sarawak ni memang sejuk. 



SECOND DAY

Then, pagi2 pukul 6.30 berkumpul untuk senaman ringkas. Berzumba la apalagi. Faci minta volunteer, fiqa join. Sebab fiqa pun selalu berzumba. Alih2 dapat giliran sekali je, lepastu depa bukak lagu english. Terus blur sebab fiqa selalu zumba guna lagu Psy daddy or lagu2 kpop lain, haha. Selepas tu, kami kena buat halangan blindfold a.k.a "create your route" dulu, group kalah lak kena masuk lumpur. kesian depa tapi nak buat cmne, dapat tengok ja. :> 





Tun Mahathir team during the create your route activity



Aktiviti seterusnya ialah teamwork activity bawak tiang satu and tiang tu tak boleh jatuh lansung. First halangan kami ialah monkey bar. kena bawak tiang tu sambil main monkey bar tu cer la korang bayangkan cmne. haha. Lepas je monkey bar, kena meniarap bawak tiang tu lalu terowong. Tak boleh bunyi lansung terowong tu kalau tak kena ulang. Next, ialah halangan macam orang lari berhalangan tu fiqa tak tahu apa term dia, tapi diorang simbah2 air. ada kena langkah, ada kena merangkak.






Next halangan ni paling mencabar. yang merangkak lalu bawah dawai. Dah la dah macam kolam, selalu merangkak tapi game ni terpaksa baring terlentang sebab nak bawak tiang tu, game ni je kami terpaksa repeat 2 kali sebab terlanggar. Rasa macam nak lemas jugak la fiqa kat game ni. Habis berlumpur lepastu dari hujung tudung hingga ke hujung kasut. XD




Halangan seterusnya, titi, tayar, yang ni okay je. Sampai je wall climbing, stuck jap sebab ada 2 group depan tak lepas2. Alhamdulillah kitorang lepas sekali je sebab pasang strategi awal. Tak rasa sakit even fiqa turun first sebab Akmal duduk kat atas tu. 




Seterusnya, terus buat aktiviti kayak. Fiqa lak jadi driver, duduk bahagian belakang. Fiqa dengan Qila first sampai destinasi, walaupun paling last bertolak. Sebab dah pernah kayak sebelum ni so okay la cuma feel dia memang best sebab ombak agak kuat. Sampai2 je fiqa nak berenang ke laut, tengok diorang berenang cam best lak kan. Tapi fiqa pi berjalan kat tepi pantai tu, malang tak berbau, fiqa terjatuh kat batu yang tak nampak lepas kena tolak dengan ombak pantai. pergh memang teruk lepastu balik naik boat, terpaksa qila balik dengan abang raziq. Then, aktiviti water confident fiqa tak dapat join sebab dah luka teruk. Rasa tangan cam paralyzed and tak function jap. tapi pedih sangat sebab water bahagian estuary kan, nasib baik bukan betul2 seawater je, so kemasinan dia kurang. Tia lah yang banyak bantu dari merawat lupa sampai ke mandi. Yang sakit time nak keluar kan batu2 kecil dalam luka tu. Tapi sampai sekarang still tak dapat keluarkan batu halus ada kat bahagian luka lain, so esok nak pi klinik suruh doktor keluarkan.



Fiqa and qila during kayaking activity




Malam tu, buat module, pasal berlakon2. Group kami dapat tajuk "heart breaker heart broken". Otak tak dapat berfungsi sepenuhnya plus mata asik kejap kabur kejap terang je tapi still dapat fikir pick up line. Fiqa berlakon jadi pelajar usha budak nerd lakonan Akmal. Ingat lagi pick up line dia; Awak tahu tak saya tak pernah bosan dengan Math even dia complicated, because math remind me of you. cia cia cia. HAHA Lepas habis module berlakon2, kami makan2 BBQ yang telah dipanggang dengan penuh kasih sayang oleh faci-faci PRIMU.





THIRD DAY

Hari ketiga, pagi2 buat zumba lagi but kali ni Muni sebagai lead. Rasanya harini paling banyak gambar, nak makan bergambar, sebelum pergi trekking bergambar, masa trekking bergambar, selepas trekking pun bergambar. haha. 



Group picture before eating for breakfast, here before we eat, we have to feed the next of us first to create the bonds between us. Sweet right?



Group picture again ^^~



Group picture before jungle trekking activity



Last outdoor activity, jungle trekking. Fiqa join gak even tangan and kaki sakit, plus kasut licin. Tapi thanks for the great teamwork, fiqa lepas trekking tu. Memang first time trekking kawasan yang penuh curam ni. Setiap kali nak turun curam je mesti member bantu. And even fiqa lambat pun diorang tak tinggalkan fiqa. Siap asik tanya je "fiqa okay tak?". ayat tu rasanya paling kerap fiqa dengar dari member2 esp dari si Akmal. Even penat tak rasa sangat sebab dengan gelagat lucu diorang. Suka sangat buat pick up line haha. Lebih2 lagi si Gary ni.



Gary tolong jadi stand time fiqa nak turun curam. Sempat je depa ni nak amik pict. haha



Selfie time with some of group mates; qila, andik, akmal



Our group picture kat bahagian bawah, fiqa pi duk bahagian atas lagi sebab nak lepak kawasan air bersih, nak buat healing jap. syok berendam. 



Group picture after jungle trekking mission accomplish



After siap je jungle trekking, kena kemas barang, bersih2kan diri and simpan khemah. After that ada aktiviti penutupan. Waktu penutupan tu kitorang nyanyi lagu official iaitu One Direction History. Tapi ada perubahan lyrics, ada lyrics yang tak include. But it was nice. :)


Our group handsome leader: Akmal


We got a history together!


Dalam pukul 5 petang camtu, kami bertolak balik ke Unimas. Dalam bus sempat selfie lagi, boleh tengok la perbezaan dia, dapat sunburn, eyebag, got hurt, selekeh plus berkilat muka. haha. but I don't regret it even i got hurt. My objectives were achieved, i got new friends, i got new experiences, and i got to released my stress.



Perbezaan pergi dan balik haha



Summer camp family! Thanks for the very nice experience πŸ˜„πŸ˜˜


|
|
|

I'm looking forward to join the next PRIMU activity ~^^

Thursday, 7 April 2016

Benefits of Garlic ~ weight loss, skin treatment and more!




What is the benefit of garlic? People may find garlic just for use of cooking, but garlic have a lot of benefits that surprisingly work very well for us. Curious on how garlic works for the health, weight loss, supplement, skin and hair treatment? Let's check out the video above.


Wednesday, 6 April 2016

New emoji of descendant of sun trending in twitter! [WOW!]


Assalamualaikum. :)
Hi guys! just wanna write that I'm so surprise with the emoji created for Song Joong Ki character Yoo Si Jin and Song Hye Kyo as Kang Mo Yeon at twitter! It was so cool! You guys can see how popular this drama now right? I even know this cute emoji existence because it were in hashtag trending. :O 


 

We can see the DOTS virus also affect emoji in twitter! XD
Can't wait for episode 13 sub tomorrow! 






Loving my new layout google plus!

Assalamualaikum. :)
Here's my new cover and profile picture. I really love it. haha :D
Do follow me too ^^~ +Fiqa Nsz 


#Infinite #BeMine


Saturday, 2 April 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Assalamualaikum. :)

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016